10 Penghibur Jazz Berpengaruh Berhimpun di Kuching Jazz, Afgan, Phum Viphurit, & Noryn Aziz! Setelah tertunda dua tahun kerana pandemik yang melanda dunia, Kuching Jazz kembali pada 28 dan 29 Oktober 2022! Butiran harga tiket Kuching Jazz seperti berikut:
Kuching Jazz Festival Ticket and Line-Up |
Kuching Jazz atau Kuching Waterfront Jazz Festival yang merupakan sebuah ‘acara muzik wajib’ di Sarawak ini akan kembali menghangatkan dan memenuhi dahaga pendengar genre tersebut pada 28 dan 29 Oktober 2022 ini.
Kuching Jazz Festival 2022 Ticket Price |
BUTIRAN HARGA TIKET KUCHING JAZZ 2022
PASS 1 HARI PRA JUALAN:
HARI PERTAMA: (DEWASA) RM180, (KANAK-KANAK 3-12 TAHUN) RM90
JUALAN DI LOKASI: (DEWASA) RM200, (KANAK-KANAK 3-12 TAHUN) RM100
HARI KEDUA: (DEWASA) RM280, (KANAK-KANAK 3-12 TAHUN) RM140
JUALAN DI LOKASI: (DEWASA) RM300, (KANAK-KANAK 3-12 TAHUN) RM200
PASS 2 HARI
PRA JUALAN : (DEWASA) RM350, (KANAK-KANAK 3-12 TAHUN) RM170
Semua maklumat mengenai jualan tiket atau pass boleh dibeli melalui website www.kuchingjazz.com
Mengambil Waterfront, Grand Margherita Kuching sebagai lokasinya, penganjur, Hemisphere Corporation Sdn. Bhd. percaya barisan pemuzik dan penghibur yang dihimpunkan untuk dua malam pesta tersebut akan memberi kepuasan dan ‘hadiah’ terbaik selepas ‘dunia berehat’.
Menyifatkan festival tersebut sebagai sebuah percutian hujung minggu yang ideal dan lari dari kesibukan, alunan muzik Jazz yang bakal dipersembahkan oleh barisan penghibur kelak akan membuat kunjungan ke Kuching yang indah nan cantik tidak akan sia sia.
Kuching Jazz Festival 2022 Line-Up |
Barisan penghibur yang akan menghangatkan festival ini termasuklah bintang dari Indonesia, Afgan yang kembali bertemu peminatnya dalam Kuching Jazz.
Afgan yang sudah mempunyai profil cukup besar dalam dunia seni nusantara lewat vokal merdu di untaian hit termasuk Sudah dan Jodoh Pasti Bertemu akan bergabung dengan barisan penyanyi Jazz Malaysia seperti Noryn Aziz, Leon Sapphire, Ta’Dan, Ky Den dan Ushera.
Kuching Jazz Festival 2022 Line-Up |
Kuching Jazz tidak akan lengkap tanpa kehadiran Phum Viphurit dari Thailand yang memang dinantikan banyak penggemar.
Begitu juga Freyja Garbett (Australia) dan penampilan Dawn Wong & The Ark Royal dari Singapura yang dijangka akan ‘membawa’ bersama peminat dari negara masing masing untuk berhibur dalam pesta muzik jazz terbesar di Kuching ini.
Masuk dalam kategori ‘mesra pengunjung’ tanpa diskrimasi bangsa atau budaya dengan kesemua lapisan masyarakat dijemput hadir, festival ini dimeriahkan dengan jualan gastranomi dan kraftangan yang dijual di bazar disediakan.
Memasuki tahun keempat penganjuran, tolong jangan keliru dengan Borneo Jazz Festival yang diadakan di Miri, lantaran Kuching Jazz mempunyai kekuatan tersendiri.
Festival ini sudah pernah menyaksikan kehadiran bintang bintang Jazz dan penghibur terkenal seperti Datuk Sheila Majid, Tompi, Kunto Aji, Baihana, Carmen Souza Trio, Siti Navarro dan Harvey Malaihollo serta Dayang Nurfaizah dan Ning Baizura.
Justeru itu tidak ada alasan mengapa anda berfikir dua kali atau beralasan untuk hadir ke Kuching Jazz pada tahun ini.
Barisan pemuzik yang hebat, bazar makanan dan jualan kraftangan yang tidak akan mengecewakan dan paling penting dapat ‘mematikan’ kesibukan bekerja dengan alunan Jazz yang dimainkan, Kuching Jazz adalah pesta terbaik yang rugi dilepaskan.
No comments:
Post a Comment
Please Leave a Comment to show some Love ~ Thanks