Pages

Pelancaran Chez Professional Upgraded 22 #duitdijari Sasar 1000 Agen

Pelancaran Chez Professional Upgraded 22 #duitdijari Sasar 1000 Agen dalam tahun 2022Usahawan Malaysia yang terkenal dalam bidang dandanan dan produk rambut, Chez Hamdan, 36, juga seperti kebanyakan orang yang terkesan semasa pandemik COVID-19. Begitulah struggle para usahawan dan peniaga menghadapi cabaran untuk meneruskan perniagaan dan survival masing-masing.

Pelancaran Chez Professional Upgraded 22 #duitdijari Sasar 1000 Agen

Malah bapa kepada dua cahaya mata ini mengalami anxiety dan hampir terduduk ketika itu hingga membuat keputusan untuk menutup operasi salun rambutnya di Setapak yang sudah lebih sedekad berdiri megah sejak dua tahun lalu.

Pelancaran Chez Professional Upgraded 22

Bahkan lelaki dengan nama penuh, Halimi Hamdan ini juga berdepan naik turun emosi memikirkan masa depan, tanggungan dan apa saja kemungkinan akan berlaku waktu mendatang.

Rangkaian Chez Professional dengan tagline 'Your Home Your Saloon'


Mujur beberapa tahun sebelum pandemik menjelma dan salun ditutup, Chez tergerak hati menjual produk rangkaian rambut termasuk jenamanya sendiri, Chez Professional yang dikini ditambah baik menerusi Chez Upgraded 22.

Rangkaian produknya dengan tagline 'Your Home Your Saloon' terdiri daripada tujuh produk yang merangkumi syampu, krim masker dan item penggayaan rambut dengan kualiti seperti di salun, bebas silikon, diperakui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan harga berpatutan.

Press Conference semasa Pelancaran Chez Professional Upgraded 22

Menurut Chez Hamdan, rangkaian produk Hair Loss paling popular kerana ramai yang mengalami masalah rambut gugur malah ia sesuai untuk kaum lelaki dan perempuan. 

Produk dipasarkan di bawah syarikat Chez Professional Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 21 November 2020 dan berpengkalan di Taman Melawati dengan sembilan pekerja. Malah tahun ini juga, Chez Hamdan dijangka membuka semula salun rambut di lokasi baru di Shah Alam.

"Sekarang kami nak terus ajak lagi ramai orang yang bergelut dan terkesan waktu pandemik untuk menjadi agen memulakan perniagaan bagi menjana pendapatan. Kami sasar mahu lebih 1,000 agen pada tahun ini," katanya.

Chez Hamdan bersama rangkaian produk penjagaan rambut,  Chez Professional yang ditambah baik ketika majlis Chez Upgraded 22 diadakan 29 Januari. Serentak dengan pelancaran Chez Professional Upgraded 22, kempen #duitdijari turut dilancarkan tanpa modal, tanpa bebanan dan tanpa risiko untuk 'dropship'

Serentak dengan itu, kempen #duitdijari turut dilancarkan tanpa modal, tanpa bebanan dan tanpa risiko untuk 'dropship'. Malah usaha merekrut ahli agen elite juga berterusan. Boleh tekan pautan https://linktr.ee/chezprofessionalhq untuk penyertaan dan pertanyaan.

"Tahun 2020 umpama satu 'turning point' dalam hidup dan perniagaan. Mula tukar modul bisnes, gaya hidup, kerja dari rumah dengan membiasakan serba serbi aplikasi dalam talian," katanya.

Norma baharu jelas sekali mengubah sikap dan cerminan diri Chez yang pemalu kepada berani mengambil risiko dan cabaran. "Bayangkan dulu ibarat hanya kepakaran dari tangan saja yang berjalan membentuk dan menggayakan rambut diingini. Tapi apabila kena jual produk sendiri, saya kena buat lintas langsung dengan cakap tergagap gagap.

Go Travel! Chez Professional Upgraded 22

"Saya cabar dan lawan segala kelemahan diri yang tebal dengan sikap malu dan berat mulut. Tak ada ilmu... tak ada apa apa, saya cuba ke depan. Saya redah... belasah. Tapi perlahan demi perlahan, saya mula terbiasa. Sambutan produk dijual cukup membanggakan dan luar biasa.

"Ketika itu, saya ambil tempahan hinggalah ke proses akhir penghantaran. Hujung bulan pertama pandemik, jualan produk dicapai membuat saya menarik nafas lega. Kalau lagi fokus, mungkin lagi besar impaknya," katanya.

Pelancaran Chez Professional Upgraded 22 

Tahun lalu menjadi kemuncak untuk memastikan produk jenamanya terus mencipta fenomena. 

"Setiap hayunan langkah saya, doa dan restu ibu bapa yang tiada hijabnya sentiasa mengiringi perjalanan ini. Mujur saya tak ada banyak sangat komitmen. Duit kereta pun sudah habis bayar. Bayaran rumah pun masih terkawal dan boleh dibayar.

"Isteri juga memainkan peranan penting kerana campur tangannya menggunakan ilmu dan pengetahuan hal pengurusan amat berbaloi. Dulu duit berniaga dan gaji sendiri macam tak ada beza. Sekarang ia lebih sistematik," katanya.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang Chez Professional, sila layari Laman Web, Facebook, dan Instagram 

No comments:

Post a Comment

Please Leave a Comment to show some Love ~ Thanks