Baru-baru ini Mylea telah melancarkan set percubaan jeragat bersama Duta Mylea, Rozita Che Wan ataupun dipanggil Cheta. Majlis tersebut diadakan secara Virtual menggunakan Zoom Meeting yang dihadiri oleh ejen-ejen Mylea dan juga pengguna setia Mylea.
Set Percubaan Jeragat Mylea Dilancarkan Oleh Rozita Che Wan (Cheta) |
Set Percubaan Jeragat Mylea @ RM99.00
Set percubaan jeragat ini mengandungi 4 dalam 1 iaitu Mylea Freckles Serum, Mylea Freckles Bar, Mylea Exfoliate Mask, dan Travel bag dengan harga RM99.00 sahaja. Set ini dikeluarkan dengan harga mampu milik, mudah dan senang dibawah kemana-mana yang mana disertakan sekali dengan travel bag. Sasaran pengguna bagi set ini ialah bagi golongan wanita yang berumur 28 tahun keatas.
Pada malam tersebut, Mylea menyasarkan jualan sebanyak RM500K bagi pelancaran set percubaan jeragat tersebut dan juga pertambahan ejen baru sebanyak 500 orang. Majlis tersebut turut menawarkan cabutan bertuah pakej percutian 3 hari 2 malam di Langkawi, gold bar, peralatan elektrik, dan set percubaan jeragat tersebut.
Diformulasi dari bahan terbaik dunia bagi merawat masalah kulit berjeragat, kulit kering dan kulit kusam seperti Centella Asiatica (Korea), Canadian Willowherb (Canada) Moist 24 Essence (US), dan Skinmoon (Bionap, Italy) secara semulajadi tanpa melibatkan bahan kimia merbahaya pada kulit dengan hanya 7 hari sahaja.
Dek ramai yang terkesan dengan wabak Covid19 yang melanda negara kerana telah melumpuhkan banyak sektor ekonomi negara menyebabkan ramai yang kehilangan mata pencarian dan peluang pekerjaan. Ramai daripada mereka terutamanya golongan wanita yang mengalami masalah kekangan wang tetapi mengidamkan kulit wajah yang cantik, bebas daripada cela jeragat.
Tidak hairanlah kerana memang fitrah setiap wanita mengimpikan dan mencintai kecantikan itu sendiri. Maka, Mylea telah mendengar dengan penuh rasa bertanggungjawab dan berbesar hati ingin memberikan manfaat kepada semua pengguna baharu Mylea dengan mengeluarkan set percubaan jeragat (4 dalam 1) dengan harga mampu milik iaitu bawah RM100 ringgit sahaja.
Seperti yang sedia maklum jenama Mylea sebelum ini memang terkenal dengan kelebihanya bagi menyelesaikan masalah kulit berjeragat, kulit kering dan kulit kusam sejak tahun 2015 lagi. Tahun ini juga merupakan tahun ke-6 jenama Mylea berada di pasaran.
Setakat ini, pelbagai pencapaian yang telah dimiliki oleh jenama Mylea seperti kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kelulusan Health Science Authority (HSA Singapore), Ministry Of Health Brunei Darussalam, kelulusan SIRIM, Asia Pacific Super Health Brand, SME 100 Award Fast Moving Company (2020),100 Top Young CEO (2021) dan lain-lain lagi.
Alhamdulillah dek pandemik covid19 ramai orang diuji dengan masalah kewangan yang teruk tetapi Jemaah Mylea (ejen Mylea) dilimpahi dengan rezeki yang sangat mewah oleh Allah SWT kerana jualan kebanyakkan Jemaah mylea meningkat sebanyak 3 atau 4 kali ganda dari kebiasaan.
Ini kerana kekuatan utama Jemaah Mylea adalah menggunakan platform online. Turut sama dalam pelancaran tersebut adalah pengasas Mylea sendiri iaitu Pn. Amylia Farhana bersama Encik Khairul.
Untuk tahun 2020 sahaja, mylea telah berjaya mencapai jualan RM21juta dengan hanya iaitu Mylea Freckles serum dan Mylea Freckles Bar dan telah membayar hampir RM500K bagi zakat pendapatan. Dan menjadikan Mylea salah satu syarikat yang terbesar membayar zakat di Terengganu. Pencapaian tersebut adalah yang paling luar biasa dalam sejarah Mylea sejak ditubuhkan.
Bagi pengguna yang berminat untuk mendapat set ini boleh mendapatkan dengan ejen Mylea yang sah diseluruh Malaysia, website www.mylea.my, ataupun HQ Mylea di Pusat Komersial Cabang Tiga, Kuala Terengganu (09-622 2450) bermula pada 13 Disember 2021. Untuk maklumat lanjut sila layari Mylea Facebook dan Instagram
No comments:
Post a Comment
Please Leave a Comment to show some Love ~ Thanks