Hard Lights kembali semula dengan sebuah lagi lagu gempak berjudul ‘Potato’, kali ini bersama artis sensasi sosial media DJ Soda dan juga artis Malaysia As’ad Motawh & Leona Azhar keluaran RCA Records yang dijadualkan untuk dikeluarkan pada Oktober 15.
XENO Collaborates with DJ Hard Lights (France) & DJ Soda (Korea) |
Sejak permulaan kerjaya beliau, Hard Lights telah muncul dengan gaya muzik yang mempunyai keunikannya sendiri yang terbentuk daripada ‘hook’ yang menarik dan melodi yang menawan para pendengar. Disokong oleh selebriti lain seperti David Guetta, Tiesto, Hardwell, dan Afrojack, Hard Lights telah menerima sebanyak 80 juta strim dari seluruh dunia untuk lagu-lagu beliau.
XILY pula adalah sebuah pesona muzik dari XENO Entertainment, sebuah syarikat rakam indie yang kian pesat berkembang di Malaysia dan mempunyai lagu di Thailand, Indonesia & Singapore. Untuk ‘Potato’, XILY mengetengahkan penyanyi As’ad Motawh dan juga ratu TikTok Leona Azhar di dalam video klip. Kedua-dua As’ad dan Leona telah membina pengikut yang besar di dalam Instagram dan TikTok.
DJ SODA pula memulakan perjalanan untuk menjadi DJ superstar pertama di Asia pada tahun 2013, sejurus selepas membuat keputusan untuk berhenti kerjaya beliau dalam ‘music acting’ untuk menumpukan fokus beliau terhadap kerjaya DJ beliau.
Latar belakang SODA dalam seni persembahan membantu dalam perkembangan ‘signature move’ beliau iaitu the ‘Flute Dance’ yang telah tular dan mengumpul jutaan tatapan di YouTube, Facebook dan juga applikasi sosial media yang lain. Kerjaya beliau dalam bidang pemodelan membiayai permulaan beliau sebagai seorang DJ dan beliau masih merupakan muka untuk jenama-jenama terkemuka di dunia seperti Nike, Beats by Dre & lebih lagi.
Bersama, ketiga-tiga artis ini pasti menjadi pasukan yang hebat, dan sudah pasti menjadikan ‘Potato’ suatu karya yang ‘Viral’, ‘Potato’ menggabungkan kelucuan dengan muzik ‘dance’ dan menampilkan ‘nom nom nom’ dan sebuah suara wanita yang asyik menyebut ‘Potato’ dan ‘drop’ lagu ini sangatlah berjangkit dan sudah pasti membuat para pendengar ingin menari apabila mendengarnya. Keunikan ‘Potato’ adalah ia sesuai dimainkan di pentas dan juga di dalam dunia siber.
Lagu ‘Potato’ akan dikeluarkan pada Oktober 15 2021 dan akan berkumandang di YouTube XENO Entertainment pada jam 9.30 malam waktu Malaysia.
Ikuti Hard Lights di Media Sosial:
https://www.facebook.com/hardlightsmusic
https://soundcloud.com/hardlightsmusic
https://twitter.com/hardlightsmusic
Ikuti XILY di Media Sosial:
https://www.instagram.com/asad.motawh/
https://www.instagram.com/kasihirisleona
https://vt.tiktok.com/ZSeReTKYb/
https://vt.tiktok.com/ZSeRdJ8Cw/
Ikuti DJ Soda di Media Sosial:
https://www.instagram.com/deejaysoda
https://www.facebook.com/djsodaofficial
https://soundcloud.com/dj-soda-3
No comments:
Post a Comment
Please Leave a Comment to show some Love ~ Thanks