Pages

Travel SOP: Taman Eko Rimba Kanching & Chongkak Park & Resort

Susulan kemasukan Negeri Selangor dalam Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN), yang membenarkan sektor pelancongan domestik beroperasi semula terhad dalam Negeri yang sama, sukacita dimaklumkan, kawasan pelancongan seliaan Tourism Selangor, Taman Eko Rimba Kanching telah kembali beroperasi bermula 4 Oktober lalu, manakala Chongkak Park & Resort akan dibuka semula kepada umum bermula 9 Oktober 2021 ini.

Pembukaan Semula Taman Eko Rimba Kanching & Chongkak Park & Resort 

Waktu operasi: 8.00 pagi sehingga 6 petang*

Had bilangan pengunjung: 500 orang pada satu-satu masa

Pengunjung tidak dibenarkan berada di dalam kawasan selepas waktu operasi.

Pembukaan Semula Taman Eko Rimba Kanching & Chongkak Park & Resort 

Pembukaan Semula Taman Eko Rimba Kanching & Chongkak Park & Resort 


Penyambungan operasi ini adalah tertakhluk kepada garis panduan atau SOP terkini yang ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) seperti berikut:

  • Pengunjung wajib mendaftar masuk dan melalui proses imbasan suhu (harus kurang daripada 37.5 darjah Celsius), serta tidak bergejala
  • Hanya individu yang berstatus “Low Risk” dan “Casual Contact Low Risk” yang dibenarkan masuk, dan pengujung wajib menunjukkan Sijil Vaksinasi Covid-19 yang lengkap
  • Memastikan jarak sosial 1 meter pada setiap masa
  • Wajib memakai pelitup muka sepanjang masa
  • Memastikan jarak antara kumpulan pengunjung dalam 1-3 meter
  • Memastikan jarak lokasi aktiviti dengan aktiviti yang lain dalam 3-5 meter
  • Tapak perkhemahan perlu memastikan jarak minima 2 meter dengan khemah yang lain, dan aktiviti bermalam adalah tidak dibenarkan
Pembukaan Semula Taman Eko Rimba Kanching & Chongkak Park & Resort 

Diharap orang awam dapat kembali menikmati aktiviti riadah alam semulajadi di Negeri Selangor, namun menitik-beratkan soal keselamatan diri dan pengunjung lain dengan mematuhi secara garis panduan dan SOP yang telah ditetapkan.

Untuk sebarang informasi lanjut, sila hubungi talian 016 -2076957 (Fadila) atau layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor; Selangor.Travel.

No comments:

Post a Comment

Please Leave a Comment to show some Love ~ Thanks