Pages

Applikasi Nurflix Mencecah Rekod Sasaran

Hi korang nak tau apa it Nurflix? Baru-baru ni, Diana Amir melancarkan Nurflix yang merupakan platform penstriman video kandungan Islamik dan patuh Syariah menerusi segmen Nurflix Junior bakal menyajikan cerita-cerita animasi kenabian yang dijangka menemui penonton mulai Ogos ini.

Penerbit Eksekutif Nurflix Junior, Diana Amir

Penerbit Eksekutif Nurflix Junior, Diana Amir berkata, cerita-cerita animasi yang dibawakan khas dari Turki itu merangkumi tujuh penceritaan dengan 330 episod yang akan ditayangkan dalam dua versi, Arab dan terjemahan serta Bahasa Melayu. 

Nurflix TV

Antara tujuh kisah yang akan disampaikan kepada khalayak antaranya ialah cerita Habibullah (Muhammad SAW), Khalilullah (Ibrahim Alaihissalam), Kalimullah (Musa Alaihissalam), Nuh Alaihissalam, Sulaiman Alaihissalam dan Adam Alaihissalam.

“Pada fasa pertama, cerita-cerita ini akan ditayangkan dalam bahasa Arab dengan sari kata bahasa Melayu dan Inggeris. Pada fasa kedua pula, kesemuanya akan ditayangkan dalam versi alih bahasa ke bahasa Melayu. Cerita-cerita yang bakal disajikan ini disemak dengan terperinci di Turki dan mematuhi Syariah dan bersesuaian dengan tontonan ramai,” demikian menurut Diana Amir.

“Majlis para asatizah kami dikenali Nurpath juga telah mula menyemak kandungan ketujuh-tujuh cerita animasi yang dibawakan dari Turki ini. Alhamdulillah setakat ini cerita-cerita animasi ini menepati ciri yang ditetapkan sebelum dipertontonkan kepada orang ramai,” tambahnya.

Namun berikutan Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa 3.0, katanya proses pengalihan bahasa itu terpaksa dihentikan.

Menurut Diana, sebelum ini, platform ini dinamakan Nurkids yang mensasarkan kanak-kanak di bawah 14 tahun. Namun selepas perbincangan, belia di bawah 21 tahun turut memerlukan kandungan bermanfaat seperti ini lalu platform tersebut telah ditukarkan kepada Nurflix JR.

“Tentunya kita mahukan tontonan yang terbaik untuk anak-anak agar mereka membesar dengan nilai-nilai Islam,” ujar Diana Amir lagi yang menjelaskan bahawa semua bahan tontonan Nurflix adalah selamat ditonton.

 Ketua Pegawai Eksekutif Nurflix, Syah Mohamed


Turut menerangkan tentang perjalanan Nurflix dan Nurflix JR adalah Syah Mohamed yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Nurflix yang memberitahu bahawa setakat ini Nurflix telah menerima sambutan positif dengan jumlah langganan yang menggalakkan.

“Setakat ini, kami merekodkan antara 22,000 hingga 23,000 jumlah langganan secara percuma. Manakala mereka yang mengikuti kandungan kami secara berbayar (langganan sepanjang hayat) adalah sekitar 10 peratus buat masa ini.

“Insya-Allah, kemungkinan besar kami akan lancarkan langganan secara berbayar sepenuhnya sekitar Januari tahun hadapan apabila jumlah kandungan kami mencecah angka 1,000,” jelasnya.

Nurflix kini dalam perbincangan dengan platform penstriman Islamik seluruh dunia bagi membina gabungan kerjasama penyebaran kandungan media yang sopan dan bermanfaat untuk generasi.

"Kemasukan kandungan luar ke dalam Nurflix bakal memberi pelbagai peluang pekerjaan dalam sektor pos-produksi, terjemahan kandungan dan alih bahasa. Inisiatif ini juga dibuat agar khalayak akan dapat terus menikmati kandungan patuh syariah dalam dan luar negara yang disajikan kepada pengguna" katanya.

Aplikasi Nurflix boleh dicapai melalui laman web http://nurflix.tv, Apple Appstore dan Google Playstore.

No comments:

Post a Comment

Please Leave a Comment to show some Love ~ Thanks