Hi korang nak tau apa it Nurflix? Baru-baru ni, Diana Amir melancarkan Nurflix yang merupakan platform penstriman video kandungan Islamik dan patuh Syariah menerusi segmen Nurflix Junior bakal menyajikan cerita-cerita animasi kenabian yang dijangka menemui penonton mulai Ogos ini.
Penerbit Eksekutif Nurflix Junior, Diana Amir |
Penerbit Eksekutif Nurflix Junior, Diana Amir berkata,
cerita-cerita animasi yang dibawakan khas dari Turki itu merangkumi tujuh
penceritaan dengan 330 episod yang akan ditayangkan dalam dua versi, Arab dan
terjemahan serta Bahasa Melayu.
Nurflix TV |
Antara tujuh kisah yang akan disampaikan kepada khalayak antaranya ialah cerita Habibullah (Muhammad SAW), Khalilullah (Ibrahim Alaihissalam), Kalimullah (Musa Alaihissalam), Nuh Alaihissalam, Sulaiman Alaihissalam dan Adam Alaihissalam.
“Pada fasa pertama, cerita-cerita ini akan ditayangkan dalam
bahasa Arab dengan sari kata bahasa Melayu dan Inggeris. Pada fasa kedua pula,
kesemuanya akan ditayangkan dalam versi alih bahasa ke bahasa Melayu.
Cerita-cerita yang bakal disajikan ini disemak dengan terperinci di Turki dan
mematuhi Syariah dan bersesuaian dengan tontonan ramai,” demikian menurut Diana
Amir.
“Majlis para asatizah kami dikenali Nurpath juga telah mula
menyemak kandungan ketujuh-tujuh cerita animasi yang dibawakan dari Turki ini.
Alhamdulillah setakat ini cerita-cerita animasi ini menepati ciri yang
ditetapkan sebelum dipertontonkan kepada orang ramai,” tambahnya.
Namun berikutan Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) fasa 3.0, katanya proses pengalihan bahasa itu terpaksa dihentikan.
Menurut Diana, sebelum ini, platform ini dinamakan Nurkids
yang mensasarkan kanak-kanak di bawah 14 tahun. Namun selepas perbincangan,
belia di bawah 21 tahun turut memerlukan kandungan bermanfaat seperti ini lalu
platform tersebut telah ditukarkan kepada Nurflix JR.
“Tentunya kita mahukan tontonan yang terbaik untuk anak-anak agar mereka membesar dengan nilai-nilai Islam,” ujar Diana Amir lagi yang menjelaskan bahawa semua bahan tontonan Nurflix adalah selamat ditonton.
Ketua Pegawai Eksekutif Nurflix, Syah Mohamed |
“Setakat ini, kami merekodkan antara 22,000 hingga 23,000
jumlah langganan secara percuma. Manakala mereka yang mengikuti kandungan kami
secara berbayar (langganan sepanjang hayat) adalah sekitar 10 peratus buat masa
ini.
“Insya-Allah, kemungkinan besar kami akan lancarkan langganan
secara berbayar sepenuhnya sekitar Januari tahun hadapan apabila jumlah
kandungan kami mencecah angka 1,000,” jelasnya.
Nurflix kini dalam perbincangan dengan platform penstriman
Islamik seluruh dunia bagi membina gabungan kerjasama penyebaran kandungan
media yang sopan dan bermanfaat untuk generasi.
"Kemasukan kandungan luar ke dalam Nurflix bakal
memberi pelbagai peluang pekerjaan dalam sektor pos-produksi, terjemahan
kandungan dan alih bahasa. Inisiatif ini juga dibuat agar khalayak akan dapat
terus menikmati kandungan patuh syariah dalam dan luar negara yang disajikan
kepada pengguna" katanya.
Aplikasi Nurflix boleh dicapai melalui laman web http://nurflix.tv, Apple Appstore dan Google Playstore.
No comments:
Post a Comment
Please Leave a Comment to show some Love ~ Thanks