Sis nak bagi tau, ini bukan klise… Panggung Tok Ram Mahu Memperkasa Budaya Menyanyi. Baru-baru ni, sis menghadiri sidang media Panggung Tok Ram yang dianjurkan oleh Datuk Ramli MS di Ladang 16, Farm Fresh @ UPM, Serdang. Panggung Tok Ram akan memulakan misi pencarian bakat anak muda yang berpotensi secara digital.
Panggung Tok Ram: Misi Pencarian Bakat Secara Digital |
Penjenamaan Datuk Ramli MS dalam dunia seni yang sudah cukup kukuh dan berkaliber membuat meastro muzik tanah air ini terbit dengan program realiti sendiri. Ini bukan program realiti picisan semata-mata, platform Panggung Tok Ram ini dicetuskan untuk mencari bakat-bakat baharu seawal usia 14 hingga 18 tahun.
Datuk Ramli MS |
Menurut Datuk Ramli MS,
beliau ingin mencungkil bakat baru and melatih mereka dengan cukup teliti
sebelum dilepaskan dengan 'bergaya' sebagai salah satu bakat baharu yang akan
menyambung legasi muzik tanah air dengan ilmu penuh di dada.
Memegang prinsip era
digital adalah era masa hadapan, Panggung Tok Ram yang mendapat tajaan penuh
dari Farm Fresh ini mempunyai misi yang cukup besar. Tok Ram bukan mahu mencari
bakat yang berada di gelanggang seni setahun dua, namun beliau mahu melatih dan
membiak anak seni yang sentiasa segar and mampu maintain dalam industry bertahun
lamanya.
"Panggung Tok
Ram adalah sebuah platform untuk membiakkan pencinta seni iaitu penyanyi dan
semua cabang seni.
"Saya akan
salurkan data selama 47 tahun kepada pelapis seawal usia 14 tahun. Apa yang ada
dalam kepala saya, saya akan pindahkan kepada mereka. Mereka mungkin bertuah
tetapi ini bukan kerja senang.
"Kami mahukan
pelapis yang mempunyai bakat yang dikurniakan tuhan dan juga ada minda yang
cergas. Mereka akan mendapat sesuatu yang intelektual kerana saya akan
mengajar. Saya mahu melatih otak mereka (train the brain)”, kata Tok Ram
mengenai inisiatif yang diambilnya ini.
Tambah Tok Ram,
Panggung Tok Ram tidak akan menjadi sebuah panggung yang klise. Sebaliknya
beliau mengatakan mahu bertanggungjawab memperkasa budaya menyanyi selain mahu
mengasah pengetahuan tatasusila seni.
"Saya bukan seorang pemimpi. Saya orang fizik. Ini bukan hanya harapan tapi melalui Panggung Tok Ram, saya mahu merekacipta seseorang menjadi artis," katanya.
Kelak Panggung Tok
Ram akan memulakan pencarian bakat yang berpotensi untuk dicungkil kualiti
mereka secara digital. Pencarian akan memakan masa beberapa bulan sebelum Tok
Ram dan pihak Farm Fresh menilai faktor X yang diperlukan untuk program ini.
Meletakkan bakat
nyanyian sebagai keutamaan dalam Panggung Tok Ram, namun pihak mereka tidak
menolak sekiranya ada bakat yang dilihat mampu mengalir ke aliran lakonan.
Panggung Tok Ram: Misi Pencarian Bakat Secara Digital Untuk peserta yang berminat, boleh menghantar demo nyanyian melalui whatsapp ke nombor berikut 013- 6268839 |
Untuk peserta yang
berminat, boleh menghantar demo nyanyian melalui whatsapp ke nombor berikut: 013-
6268839
Yang berminat! Jangan
lepaskan peluang untuk menimba ilmu dan mendapatkan sebuah pengetahuan seni
yang berkualiti daripada meastro Tok Ram.
No comments:
Post a Comment
Please Leave a Comment to show some Love ~ Thanks