Pages

Citarasa Kampung Pemikat Selera @ OKAD Event Space, Bukit Jelutong

Salam Ramadan, baru-baru ni sis sempat buka puasa dengan kawan-kawan di OKAD Event Space, Bukit Jelutong. Hidagan Citarasa Kampung Pemikat Selera memang sedap dan banyak pilhan. Sekira you nak ambil gambar with white floral dekorasi, tempat tu memang best dan banyak spots. Untuk makluman OKAD Event Space merupakan ‘one stop centre; bagi pelanggan untuk mengadakan pelbagai maijlis seperti majlis perkahwinan, seminar, ulangtahun, majlis harijadi, dan pelbagai lagi.

Citarasa Kampung Pemikat Selera, OKAD Event Space, Bukit Jelutong, Selera Ramadan, Nasi Serai, Daging Masak Lemak Cili Padi, Bufet Ramadan, Food
Citarasa Kampung Pemikat Selera @ OKAD Event Space, Bukit Jelutong

Oleh itu, bagi menambahkan lagi kepelbagaian fungsi OKAD Event Space ini, pada ramadan tahun ini OKAD Event Space mengadakan buffet ramadan bertemakan “Citarasa Kampung Pemikat Selera”. Promosi juadah istimewa dan lazat yang akan dihidangkan pada bufet Ramadan pada tahun ini bermula 18th April 2021 hingga 09th Mei 2021.

Citarasa Kampung Pemikat Selera, OKAD Event Space, Bukit Jelutong, Selera Ramadan, Nasi Serai, Daging Masak Lemak Cili Padi, Bufet Ramadan, Food
Selera Ramadan @ OKAD Event Space

Terdapat lebih kurang 50 menu bufet ramadan yang akan disediakan di OKAD Event Space sepanjang Ramadan ini yang menampilkan menu Citarasa Kampung yang lazat, ditampilkan dengan menggunakan konsep stall dengan nama yang unik dan pastinya akan membuat pengunjung rambang mata.

Citarasa Kampung Pemikat Selera, OKAD Event Space, Bukit Jelutong, Selera Ramadan, Nasi Serai, Daging Masak Lemak Cili Padi, Bufet Ramadan, Food
Selera Ramadan @ OKAD Event Space


Citarasa Kampung Pemikat Selera, OKAD Event Space, Bukit Jelutong, Selera Ramadan, Nasi Serai, Daging Masak Lemak Cili Padi, Bufet Ramadan, Food
Mee Kari, Daging Masak Lemak Cili Padi Cik Bunga, Ayam Blackpepper, and Ayam Goreng Berempah

“Nasi Serai Cik Bunga, Daging Masak Lemak Cili Padi Cik Bunga, Dan Lamb Grill’ merupakan antara ‘signature dish’ yang bakal menjadi tarikan utama pengunjung yang datang berbuka puasa di OKAD Event Space nanti.

Citarasa Kampung Pemikat Selera, OKAD Event Space, Bukit Jelutong, Selera Ramadan, Nasi Serai, Daging Masak Lemak Cili Padi, Bufet Ramadan, Food
Citarasa Kampung Pemikat Selera @ OKAD Event Space, Bukit Jelutong

Sis memang minat masakan melayu, inilah pilihan sis ~ nasi minyak, ayam masak merah, ayam blackpepper, ikan keli berlado, sayur campur, ikan masin, ulam, keropok, lamb grill, koay teow goreng, mee kari, dan manisan. Banyak lah tu… silakan.

Citarasa Kampung Pemikat Selera, OKAD Event Space, Bukit Jelutong, Selera Ramadan, Nasi Serai, Daging Masak Lemak Cili Padi, Bufet Ramadan, Food
Selera Ramadan @ OKAD Event Space

Bagi pelanggan yang mendapatkan pakej bufet ramadan di OKAD Event Space, pasti teruja dengan keindahan dekorasi dewan disamping menikmati makanan yang lazat. Namun begitu, SOP (standard of procedure) yang ditetapkan oleh Kerajaan tetap dipatuhi. Tempat parking, tandas, dan tempat untuk solat juga disediakan; semua berdekatan and luas.

Citarasa Kampung Pemikat Selera, OKAD Event Space, Bukit Jelutong, Selera Ramadan, Nasi Serai, Daging Masak Lemak Cili Padi, Bufet Ramadan, Food
Aneka biskut keluaran BONDA MANIS

Selain buka puasa di OKAD Event Space, korang boleh juga dapatkan aneka biskut keluaran BONDA MANIS seperti Florentine Double Nuts, Tart Pineapple Passion, Semperit Dahlialicious, Dodol 3 Dara, dan juga Serunding Daging.

Citarasa Kampung Pemikat Selera, OKAD Event Space, Bukit Jelutong, Selera Ramadan, Nasi Serai, Daging Masak Lemak Cili Padi, Bufet Ramadan, Food
Harga Bufet Ramadan 2021 @OKAD Event Space

Harga Buffet Ramadan 2021 @OKAD Event Space

Early Bird: (pembelian awal bermula 10-16 April)

RM50 Dewasa

RM 35 Kanak-kanak dan warga emas 

Harga Normal:

RM65 Dewasa

RM39 Kanak-kanak dan warga emas 

Pakej Family:

1. Beli 2 Dewasa PERCUMA 1 Kanak-kanak Berharga RM130.00

2. Beli 9 Dewasa PERCUMA 1 Dewasa yang berharga RM585.00 

Pakej Korporat:

Beli 10 Meja PERCUMA 1 Meja, diskaun 10% untuk pembelian berikutnya. 

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan bolehlah hubungi:

Cik AZ:  +6012-686 4515

Pn Majidah: +6017-650 3436

Pn Hamidah: +6012-735 0117

Citarasa Kampung Pemikat Selera, OKAD Event Space, Bukit Jelutong, Selera Ramadan, Nasi Serai, Daging Masak Lemak Cili Padi, Bufet Ramadan, Food
Selera Ramadan @ OKAD Event Space

Lokasi OKAD Event Space  

Alamat: No. 2A, Persiaran B, Seksyen U8, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

Google Map: https://goo.gl/maps/hCMbhiyMhwfxnhHh8


Untuk maklumat lanjut tentang Citarasa Kampung Pemikat Selera @ OKAD Event Space, Bukit Jelutong, sila layari 

Facebook: OKAD Event Space 

Instagram: OKAD Event Space

10 comments:

  1. Tempat dia memang nampak eksklusif dan nice sangat.. teringin la nk bawa famili buka puasa kat sini

    ReplyDelete
  2. Wah banyak pilihan makanan nampak sedap-sedap, buffet pun tak mahal..boleh try nanti

    ReplyDelete
  3. Cantik betul tempat dia.. Dah macam pergi kenduri kawin.. Ni mau bergmbr je lebih.. Hehehe.. Makanan pun not bad

    ReplyDelete
  4. Time bulan puasa ni byk betul buffet yg ada kat hotel2 ni.. Sini pun nmpk best masakan ala kampung gitu

    ReplyDelete
  5. Lawanya dekorasi dia. Macam pergi kenduri kawen je rasanya😍

    ReplyDelete
  6. Menu dia nampak best, harga pun ok sangat, nt boleh try sb tak jauh dr rmah

    ReplyDelete
  7. Cantik tempat dia. Bolehlah cuba nanti

    ReplyDelete
  8. Cantik tempat dia. Bolehlah cuba makan kat sini pulak

    ReplyDelete
  9. Kak suka dgn Nasi Serai Cik Bunga first time tau menu ni tentu sedap masakan kampung

    ReplyDelete

Please Leave a Comment to show some Love ~ Thanks