MALAYSIA LIVE! merupakan siri konsert dengan kerjasama antara Pam Shahril and Shahril Razak dari Gabung Cipta, sebuah syarikat pembekal sistem audio dan cahaya profesional; bersama pengarah muzik, Dato’ Acis; dan penerbit konsert, Jennifer Thompson dalam usaha mengekalkan dan memulakan acara konsert secara langsung atas talian bukan hanya untuk artis-artis tanahair malah juga bagi pembekal, jurutera, venue, pekerja dan perniagaan di belakang tabir yang kehilangan punca pendapatan akibat pandemik COVID-19.
MALAYSIA LIVE! Siri Concert Atas Talian |
Siri konsert tersebut akan bermula dengan live-streaming dua episod pengenalan pada bulan Januari ini. Ia bukan sekadar menjana pekerjaan malah juga untuk menghiburkan peminat muzik tanahair dan membawa sedikit sebanyak keterujaan konsert live walaupun dilangsungkan secara maya. Kedua-dua konsert ini akan meraihkan artis-artis pendatang baru dan ternama dalam industri muzik.
MALAYSIA LIVE! Siri Concert Atas Talian |
Penoton dapat menonton
premier episod-episod tersebut di youtube channel MALAYSIA LIVE! seperti
berikut:
Episod 1
Live-steaming pada
Januari 22, 2021 (Jumaat) 9malam
Artis-artis: Aizat
Amdan, Dayang Nurfaizah, DOLLA, Hael Husiani, Haqiem Rusli, Jaclyn Victor, Noh
Salleh, Yonnyboii, and Zynakal
Pengacara: Nazrudin Rahman
Episod 2
Live-streaming pada
Januari 29, 2021 (Jumaat) 9malam
Artis-artis: Faizal
Tahir, Ismail Izzani, Kmy Kmo & Luca Sickta, Dato’ M. Nasir, Ruffedge,
Shalma Eliana, Tuju, and Zizi Kirana
Pengacara: Adibah Noor
Situasi bagi
mereka-mereka yang punca pendapatan bergantung kepada persembahan seni dan
hiburan secara live semakin meruncing dengan banyak perkerjaan yang terjejas
walaupun mereka telah mencuba mengadaptasikan diri pada norma baharu.
Sebagai seorang yang
pendapatannya bergantung kepada industri muzik, Dato’ Acis berkata, “Industri
muzik adalah salah satu industri yang paling terjejas oleh kerana acara-acara
live untuk khalayak ramai tidak di benarkan berlangsung.
Dengan pengurangan
atau kehilangan punca pendapatan dari sektor persembahan live, yang merupakan
sektor utama pendapatan seseorang artis atau pemuzik, ada yang terpaksa mencari
perkerjaan lain untuk menyara hidup dan dalam senario terburuk, mereka terpaksa
menjual peralatan muzik yang sekian lama menjadi punca pencarian makan.
Dengan MALAYSIA LIVE!
saya berharap ia akan memberi ruang untuk semua yang terkesan untuk mula
menjana pendapatan dan bagi peminat muzik menyambung semula keistimewaan
menoton acara secara live”.
Kedua-dua Pam Shahril
dan Shahril Razak yang telah berkecimpung 15 tahun dalam industri acara live
dengan mengendalikan sebuah syarikat pembekal sistem audio dan cahaya yang
berpengalaman dalam mengusahakan beberapa show besar di dalam negara dan
serantau, menambah,
“Semasa show orang ramai
hanya melihat apa yang berada diatas pentas tetapi usaha yang perlu untuk
mengendalikan sesebuah acara melibatkan beratusan daya tenaga pakar dan
pekerjaan yang berkenaan termasuk jurutera, krew dan juga venue, katering,
tiketing, keselamatan, syarikat logistik dan ramai lagi yang membentuk sebuah
pasukan untuk melaksanakan sebuah show dengan berjaya”.
Berkenaan keadaan masakini industri Jennifer Thompson turut berkata, “Bukan kita dalam industri tidak mencuba menyesuaikan diri atau meningkatkan kemahiran untuk mengadaptasikan diri kepada norma baharu tetapi ia perlukan lebih daripada usaha kita sendiri.
Kadang-kadang ia
juga tergantung kepada situasi infrastruktur yang diluar kawalan kita ataupun
corak pemikiran penonton yang mungkin mengambil masa untuk berubah. Dalam industri hiburan perubahan adalah
lumrah kehidupan tetapi dalam keadaan drastik ini, dan dalam percubaan untuk
menyesuaikan diri, kita masih perlu cari makan dan membayar bil. Objektif semestinya adalah untuk mengesyorkan
kita tidak kehilangan bakat dan pakaran industri kita kepada perkerjaan lain”.
Ia menjadi harapan
bahawa siri konsert ini akan berterusan supaya lebih artis, pemuzik dan tenaga
pekerja industri muzik dapat melibatkan diri dalam perlaksanaan konsert-konsert
seterusnya.
Kedua-dua episod
dimungkinkan dengan sokongan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA)
yang memberi tumpuan penting untuk membantu pengiat dan perniagaan industri
kreatif yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
Objektif utama adalah untuk membolehkan aktiviti dan perniagaan industri
kreatif dimulakan semula demi kelangsungan pendapatan penggiat industri yang
amat bergantung kepadanya.
Untuk mendapatkan
berita terkini sila layari platform media sosial MALAYSIA LIVE! di:
YouTube: MalaysiaLiveMY
Facebook: www.facebook.com/MalaysiaLiveMY
Instagram: www.instagram.com/MalaysiaLiveMY
Twitter: twitter.com/MalaysiaLiveMY
No comments:
Post a Comment
Please Leave a Comment to show some Love ~ Thanks