Pages

Majlis Maulid & Pelancaran Wisma Mutyara

Tahniah kepada pasangan Tya Arifin dan Asyraf Khalid atas Majlis Maulid & Pelancaran Wisma Mutyara pada 5 September 2020. Memiliki wisma sendiri yang tersergam megah di Puchong menerusi perniagaan jenama Mutyara diusahakan bersama suami akhirnya membongkar sebuah kisah yang tidak pernah dikongsi aktres Tya Arifin selama ini.

Mutyara, Majlis Maulid,  Pelancaran Wisma Mutyara, Bukan Sekadar Jamu,  Tya Arifin, Asyraf Khalid, Datuk K, Jus kesihatan, lifestyle
Mutyara, Bukan Sekadar Jamu
Majlis Maulid & Pelancaran Wisma Mutyara di Puchong


Bagi Tya menyelak kembali perjalanan hampir tiga tahun menjalankan perniagaan bersama suami hingga memiliki wisma sendiri bukan satu kejayaan mudah. Banyak cabaran dan dugaan yang diharungi bersama Asyraf sebelum ini.

Mutyara, Majlis Maulid,  Pelancaran Wisma Mutyara, Bukan Sekadar Jamu,  Tya Arifin, Asyraf Khalid, Datuk K, Jus kesihatan, lifestyle
Majlis Maulid & Pelancaran Wisma Mutyara di Puchong

Ironinya, kejayaan yang datang ini tidak datang bergolek. Menepis pelbagai skeptikal yang datang bertalu talu, menantu kepada usahawan terkenal Datuk K atau Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa ini berjaya melawan segala cabaran mendatang.

Mutyara, Majlis Maulid,  Pelancaran Wisma Mutyara, Bukan Sekadar Jamu,  Tya Arifin, Asyraf Khalid, Datuk K, Jus kesihatan, lifestyle
 Tya Arifin dan Asyraf Khalid
Majlis Maulid & Pelancaran Wisma Mutyara di Puchong

Jika ikutkan semangat membara dalam diri, sejak awal fasa berniaga lagi Tya sudah bercita cita mempunyai wisma sendiri. Namun, seperti pepatah dari Indonesia berbunyi, tiada hasil yang mengkhianati usaha, Tya boleh tersenyum bangga kerana apa yang diraih kini sudah membahagiakan diri.

Mutyara, Majlis Maulid,  Pelancaran Wisma Mutyara, Bukan Sekadar Jamu,  Tya Arifin, Asyraf Khalid, Datuk K, Jus kesihatan, lifestyle
Sesi temuramah bersama Tya Arifin 

Semasa sesi temuramah bersama Tya Arifin pada majlis pelancaran wisma Mutyara pada 5 September; Tya menarik nafas lega dan memanjat kesyukuran atas rezeki diperoleh. Sebelum ini aktres dan ahli perniagaan kelahiran Palembang, Indonesia berusia 26 tahun ini sebenarnya pernah mempersoalkan apakah hidupnya hanya sekadar bergelar isteri, dan ibu semata mata.

Jodoh panjang antara Tya dan Asyraf akhirnya menyatukan mereka pada November 2015.  Pasangan ini juga dikurniakan sepasang cahaya mata comel, Arif Jiwa, 3, dan Azzahra Jiwa, setahun lebih sekaligus menjadi pelengkap kebahagiaan.

Niat Tya memulakan perniagaan Jamu Mutyara ni, bukan semata mata untuk mencari keuntungan, tetapi Tya lebih kepada membantu golongan wanita dari segi kesihatan, kewangan, and keyakinan diri.

Mutyara, Majlis Maulid,  Pelancaran Wisma Mutyara, Bukan Sekadar Jamu,  Tya Arifin, Asyraf Khalid, Datuk K, Jus kesihatan, lifestyle
Sesi temuramah bersama Tya Arifin

Banyak golongan usahawan, stokis, distributor, mahupun dropship Mutyara telah berjaya mengubah kehidupan keluarga mereka setelah diasah and dibimbing oleh Mutyara. Buat masa ini, Mutyara mempunyai 6000 stokis, pengedar, dan dropshiper di Malaysia; 300 di Singapura, dan bakal menyebarkan sayap ke Indonesia.

“Saya bukanlah datang daripada keluarga yang senang. Jadi sebelum ini pun saya mencari rezeki untuk membantu keluarga. Datang ke Malaysia juga saya perlu membiasakan diri dengan kehidupan di sini. Ia bukan sesuatu yang mudah. Saya juga ketika itu bergelut antara cintakan keluarga serta kerjaya seni dan masa depan bersama suami.

“Jujur pada awal fasa perkahwinan, saya pernah bertanya kepada suami, hidup saya saat itu untuk apa? Saya pernah seperti rasa hilang punca. Takkan saya hanya mahu menjadi isteri yang hanya menunggu kepulangan suami di rumah. Sedangkan saya sangat aktif ketika hidup solo. Saya tidak betah duduk diam.

Mutyara, Majlis Maulid,  Pelancaran Wisma Mutyara, Bukan Sekadar Jamu,  Tya Arifin, Asyraf Khalid, Datuk K, Jus kesihatan, lifestyle
 Tya Arifin dan Asyraf Khalid 

Ternyata pengorbanan dan keputusan Tya atau nama sebenarnya, Nurtria Wulandri membuka 1001 hikmah tersendiri saat melahirkan anak lelaki sulungnya.

“Kehadiran Arif boleh saya anggap satu hadiah dan isyarat yang cukup berharga. Posisi ibu mulai mengubah dimensi hidup saya. Menceburi dunia perniagaan Mutyara pada April 2018 juga mula membuka skop hidup saya jadi lebih luas.

“Ilham cetusan perniagaan jus kesihatan yang diwarisi dari keluarganya secara turun temurun membuka satu langkah bermakna.

“Saya kian nampak ada hala tuju dalam hidup. Menjadi isteri dan ibu kepada dua anak juga tidak membataskan saya mencari titik kesempurnaan dalam hidup. Saya jadi lebih optimis dan bersemangat dalam hidup ini apabila perniagaan yang diusahakan juga dapat membantu mengubah nasib orang lain,” katanya.

“Kalau ikut semangat membara dalam jiwa, sejak awal lagi saya sudah mahu memiliki wisma sendiri. Begitu juga dengan suami. Namun semua itu bukan mudah. Tak salah bercita cita tinggi, namun ada kalanya kita kena berpijak pada bumi nyata.

“Saya sendiri bergelut memulakan perniagaan bersama suami. Maklumlah buat sendiri itu ini. Ada kalanya percaturan kita menjadi dan begitulah sebaliknya.

“Saya percaya ia adalah proses. Berguru dengan pakar pemasaran serta mentor usahawan, Dr Azizan Osman menyuntik keyakinan saya dan suami hari demi hari.

“Alhamdulillah apa dilakukan itu penuh berkat. Saya buat apa saja, Allah permudahkannya sampai jadi. Jadi dalam tempoh dua tahun lebih untuk memiliki wisma sendiri saya masih anggap satu kejayaan dan pencapaian peribadi,” katanya

Jika mahu diimbas, perniagaan Mutyara ini awalnya hanya bermula di sebuah rumah di Cyber Jaya. Seterusnya berpindah ke lot pejabat di kawasan sama sekitar awal tahun.

Mutyara, Majlis Maulid,  Pelancaran Wisma Mutyara, Bukan Sekadar Jamu,  Tya Arifin, Asyraf Khalid, Datuk K, Jus kesihatan, lifestyle
Wisma Mutyara di Puchong

“Alhamdulillah pada hujung Julai lalu, wisma sendiri yang didambakan jadi kenyataan. Saya awalnya seperti bermimpi. Tidak pernah menyangka semua ini menjadi realiti.

“Pada akhirnya soal lambat atau cepat sudah tidak saya fikirkan dalam merealisasikan kewujudan wisma sendiri. Saya percaya ia sudah tersusun cantik dengan izin-Nya. Ia datang pada waktu yang tepat sudah buat saya optimis memastikan kelangsungan perniagaan diusahakan,” katanya.

“Kita imbangi hal dunia dan syurgawi dalam masa sama. Kita tak pernah sempurna, namun sentiasa mahu berubah jadi lebih baik daripada sebelumnya. Kita nak keberkatan dunia dan akhirat. InsyaAllah,” katanya.

Sebagai manusia biasa, Tya dan suami juga percaya keberkatan itu juga datang atas posisi mereka sebagai anak dan hamba Allah. Tya kini juga turut bertindak menjadi pembimbing mereka yang mula berjinak jinak mahu jadi usahawan Mutyara.

“Alhamdulilah sejak enam bulan lalu saya juga bertindak menjadi mentor membimbing usahawan Mutyara tanpa latarbelakang perniagaan menjana pendapatan tanpa modal.

“Ada antara mereka yang mampu membuat pendapatan sampingan mencecah RM100,000 sebulan dengan menjual rangkaian produk Mutyara.

“Saya kalau boleh nak tarik lagi golongan sebegini termasuk suri rumah untuk terus meningkatkan taraf hidup. Di tambah dengan situasi pandemik Covid 19 ramai yang terkesan. Tapi kita boleh ubah semua itu dengan sertai kami di Mutyara sebagai stokis dan  dropship,” katanya.

Bagi Tya biarpun dilihat masih hijau dalam arena diceburi, wanita ini juga tidak malu mengaku pernah gagal. “Mak saya selalu pesan sentiasa ikut resmi padi. Semakin berisi, semakin menunduk.

“Namun untuk saya mahu memastikan legasi ini kebal dan konsisten sudah cukup baik. Semoga kemanisan ini akan terus berpanjangan. Saya beruntung kerana banyak belajar erti hidup dan sepak terajang dunia perniagaan dengan suami. Dia kekuatan saya,” katanya

Mutyara, Majlis Maulid,  Pelancaran Wisma Mutyara, Bukan Sekadar Jamu,  Tya Arifin, Asyraf Khalid, Datuk K, Jus kesihatan, lifestyle
 Mutyara, Bukan Sekadar Jamu

Jus kesihatan Mutyara terlebih dahulu dipasarkan dalam format botol. Bagaimanapun pada hujung tahun ini turut diberi pilihan dijual dalam bentuk sachet atau pek mudah bawa.

Untuk memulakan perniagaan tanpa modal dan dibimbing bersama Mutyara sila klik https://bit.ly/2Q5nJ2h atau untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi 018-278 9277

Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan dengan Majlis Maulid & Pelancaran Wisma Mutyara, Bukan Sekadar Jamu, sila layari

Laman Web: https://www.mutyara.com/

Facebook: https://www.facebook.com/Mutyarabeauty/

Instagram: https://www.instagram.com/mutyarabeauty/

6 comments:

  1. Wow
    Ada wisma
    Semoga business mereka berkembang maju

    ReplyDelete
  2. Guess they are really doing good judging from the scale of the event and their establishment.

    ReplyDelete
  3. Tahniah Tya dan suami. semoga terus maju jaya dalam bisnes dan memberi manfaat kepada lebih ramai orang

    ReplyDelete
  4. Cantik sangat tya. Tgk rancangan tv die berniaga. Sekarang dah ada wisma. Memang kuat bekerja

    ReplyDelete
  5. Wah tahniah tya dan ashraf! Mutyara mmg bagus utk dimakan untuk penjagaan dalaman

    ReplyDelete
  6. Tahniah buat husbnd & wife ni.
    Satu kejayaan yang besar ni.
    Moga mereka terus maju lagi ke hadapan, serta dapat membantu mereka yang lain.
    Aamiin..

    ReplyDelete

Please Leave a Comment to show some Love ~ Thanks