Tahniah kepada pasangan Tya Arifin dan Asyraf Khalid atas Majlis Maulid & Pelancaran Wisma Mutyara pada 5 September 2020. Memiliki wisma sendiri yang tersergam megah di Puchong menerusi perniagaan jenama Mutyara diusahakan bersama suami akhirnya membongkar sebuah kisah yang tidak pernah dikongsi aktres Tya Arifin selama ini.
Mutyara, Bukan Sekadar Jamu Majlis Maulid & Pelancaran Wisma Mutyara di Puchong |
Bagi Tya menyelak kembali perjalanan hampir tiga tahun menjalankan perniagaan bersama suami hingga memiliki wisma sendiri bukan satu kejayaan mudah. Banyak cabaran dan dugaan yang diharungi bersama Asyraf sebelum ini.
Majlis Maulid & Pelancaran Wisma Mutyara di Puchong |
Ironinya, kejayaan
yang datang ini tidak datang bergolek. Menepis pelbagai skeptikal yang datang
bertalu talu, menantu kepada usahawan terkenal Datuk K atau Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa ini berjaya melawan segala cabaran mendatang.
Tya Arifin dan Asyraf Khalid Majlis Maulid & Pelancaran Wisma Mutyara di Puchong |
Jika ikutkan semangat
membara dalam diri, sejak awal fasa berniaga lagi Tya sudah bercita cita mempunyai
wisma sendiri. Namun, seperti pepatah dari Indonesia berbunyi, tiada hasil yang
mengkhianati usaha, Tya boleh tersenyum bangga kerana apa yang diraih kini sudah
membahagiakan diri.
Sesi temuramah bersama Tya Arifin |
Semasa sesi temuramah
bersama Tya Arifin pada majlis pelancaran wisma Mutyara pada 5 September; Tya
menarik nafas lega dan memanjat kesyukuran atas rezeki diperoleh. Sebelum ini aktres
dan ahli perniagaan kelahiran Palembang, Indonesia berusia 26 tahun ini
sebenarnya pernah mempersoalkan apakah hidupnya hanya sekadar bergelar isteri,
dan ibu semata mata.
Jodoh panjang antara
Tya dan Asyraf akhirnya menyatukan mereka pada November 2015. Pasangan ini juga dikurniakan sepasang cahaya
mata comel, Arif Jiwa, 3, dan Azzahra Jiwa, setahun lebih sekaligus menjadi
pelengkap kebahagiaan.
Niat Tya memulakan perniagaan
Jamu Mutyara ni, bukan semata mata untuk mencari keuntungan, tetapi Tya lebih
kepada membantu golongan wanita dari segi kesihatan, kewangan, and keyakinan
diri.
Sesi temuramah bersama Tya Arifin |
Banyak golongan usahawan,
stokis, distributor, mahupun dropship Mutyara telah berjaya mengubah kehidupan
keluarga mereka setelah diasah and dibimbing oleh Mutyara. Buat masa ini,
Mutyara mempunyai 6000 stokis, pengedar, dan dropshiper di Malaysia; 300 di Singapura,
dan bakal menyebarkan sayap ke Indonesia.
“Saya bukanlah datang
daripada keluarga yang senang. Jadi sebelum ini pun saya mencari rezeki untuk
membantu keluarga. Datang ke Malaysia juga saya perlu membiasakan diri dengan
kehidupan di sini. Ia bukan sesuatu yang mudah. Saya juga ketika itu bergelut
antara cintakan keluarga serta kerjaya seni dan masa depan bersama suami.
“Jujur pada awal fasa
perkahwinan, saya pernah bertanya kepada suami, hidup saya saat itu untuk apa?
Saya pernah seperti rasa hilang punca. Takkan saya hanya mahu menjadi isteri
yang hanya menunggu kepulangan suami di rumah. Sedangkan saya sangat aktif
ketika hidup solo. Saya tidak betah duduk diam.
Tya Arifin dan Asyraf Khalid |
Ternyata pengorbanan
dan keputusan Tya atau nama sebenarnya, Nurtria Wulandri membuka 1001 hikmah
tersendiri saat melahirkan anak lelaki sulungnya.
“Kehadiran Arif boleh
saya anggap satu hadiah dan isyarat yang cukup berharga. Posisi ibu mulai
mengubah dimensi hidup saya. Menceburi dunia perniagaan Mutyara pada April 2018
juga mula membuka skop hidup saya jadi lebih luas.
“Ilham cetusan
perniagaan jus kesihatan yang diwarisi dari keluarganya secara turun temurun
membuka satu langkah bermakna.
“Saya kian nampak ada
hala tuju dalam hidup. Menjadi isteri dan ibu kepada dua anak juga tidak
membataskan saya mencari titik kesempurnaan dalam hidup. Saya jadi lebih
optimis dan bersemangat dalam hidup ini apabila perniagaan yang diusahakan juga
dapat membantu mengubah nasib orang lain,” katanya.
“Kalau ikut semangat
membara dalam jiwa, sejak awal lagi saya sudah mahu memiliki wisma sendiri.
Begitu juga dengan suami. Namun semua itu bukan mudah. Tak salah bercita cita
tinggi, namun ada kalanya kita kena berpijak pada bumi nyata.
“Saya sendiri
bergelut memulakan perniagaan bersama suami. Maklumlah buat sendiri itu ini.
Ada kalanya percaturan kita menjadi dan begitulah sebaliknya.
“Saya percaya ia
adalah proses. Berguru dengan pakar pemasaran serta mentor usahawan, Dr Azizan
Osman menyuntik keyakinan saya dan suami hari demi hari.
“Alhamdulillah apa
dilakukan itu penuh berkat. Saya buat apa saja, Allah permudahkannya sampai
jadi. Jadi dalam tempoh dua tahun lebih untuk memiliki wisma sendiri saya masih
anggap satu kejayaan dan pencapaian peribadi,” katanya
Jika mahu diimbas,
perniagaan Mutyara ini awalnya hanya bermula di sebuah rumah di Cyber Jaya. Seterusnya
berpindah ke lot pejabat di kawasan sama sekitar awal tahun.
Wisma Mutyara di Puchong |
“Alhamdulillah pada
hujung Julai lalu, wisma sendiri yang didambakan jadi kenyataan. Saya awalnya
seperti bermimpi. Tidak pernah menyangka semua ini menjadi realiti.
“Pada akhirnya soal
lambat atau cepat sudah tidak saya fikirkan dalam merealisasikan kewujudan
wisma sendiri. Saya percaya ia sudah tersusun cantik dengan izin-Nya. Ia datang
pada waktu yang tepat sudah buat saya optimis memastikan kelangsungan
perniagaan diusahakan,” katanya.
“Kita imbangi hal
dunia dan syurgawi dalam masa sama. Kita tak pernah sempurna, namun sentiasa
mahu berubah jadi lebih baik daripada sebelumnya. Kita nak keberkatan dunia dan
akhirat. InsyaAllah,” katanya.
Sebagai manusia
biasa, Tya dan suami juga percaya keberkatan itu juga datang atas posisi mereka
sebagai anak dan hamba Allah. Tya kini juga turut bertindak menjadi pembimbing
mereka yang mula berjinak jinak mahu jadi usahawan Mutyara.
“Alhamdulilah sejak
enam bulan lalu saya juga bertindak menjadi mentor membimbing usahawan Mutyara
tanpa latarbelakang perniagaan menjana pendapatan tanpa modal.
“Ada antara mereka
yang mampu membuat pendapatan sampingan mencecah RM100,000 sebulan dengan
menjual rangkaian produk Mutyara.
“Saya kalau boleh nak
tarik lagi golongan sebegini termasuk suri rumah untuk terus meningkatkan taraf
hidup. Di tambah dengan situasi pandemik Covid 19 ramai yang terkesan. Tapi
kita boleh ubah semua itu dengan sertai kami di Mutyara sebagai stokis dan dropship,” katanya.
Bagi Tya biarpun
dilihat masih hijau dalam arena diceburi, wanita ini juga tidak malu mengaku
pernah gagal. “Mak saya selalu pesan sentiasa ikut resmi padi. Semakin berisi,
semakin menunduk.
“Namun untuk saya
mahu memastikan legasi ini kebal dan konsisten sudah cukup baik. Semoga kemanisan
ini akan terus berpanjangan. Saya beruntung kerana banyak belajar erti hidup
dan sepak terajang dunia perniagaan dengan suami. Dia kekuatan saya,” katanya
Mutyara, Bukan Sekadar Jamu |
Jus kesihatan Mutyara terlebih dahulu dipasarkan dalam format botol. Bagaimanapun pada hujung tahun ini turut diberi pilihan dijual dalam bentuk sachet atau pek mudah bawa.
Untuk memulakan
perniagaan tanpa modal dan dibimbing bersama Mutyara sila klik https://bit.ly/2Q5nJ2h atau untuk pertanyaan
lanjut boleh hubungi 018-278 9277
Untuk maklumat lebih
lanjut berkenaan dengan Majlis Maulid & Pelancaran Wisma Mutyara, Bukan
Sekadar Jamu, sila layari
Laman Web: https://www.mutyara.com/
Facebook: https://www.facebook.com/Mutyarabeauty/
Instagram: https://www.instagram.com/mutyarabeauty/
Wow
ReplyDeleteAda wisma
Semoga business mereka berkembang maju
Guess they are really doing good judging from the scale of the event and their establishment.
ReplyDeleteTahniah Tya dan suami. semoga terus maju jaya dalam bisnes dan memberi manfaat kepada lebih ramai orang
ReplyDeleteCantik sangat tya. Tgk rancangan tv die berniaga. Sekarang dah ada wisma. Memang kuat bekerja
ReplyDeleteWah tahniah tya dan ashraf! Mutyara mmg bagus utk dimakan untuk penjagaan dalaman
ReplyDeleteTahniah buat husbnd & wife ni.
ReplyDeleteSatu kejayaan yang besar ni.
Moga mereka terus maju lagi ke hadapan, serta dapat membantu mereka yang lain.
Aamiin..