Selepas tiga minggu bergelar isteri kepada Wan Emir Astar, bintang sensasi Mira Filzah sempat meluangkan masa menyuntik semangat kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pagi Sabtu lalu.
Kalau Stress Belajar, Rehat Jap ... - Mira Filzah |
Biarpun sibuk dengan
tanggungjawab baru selepas bergelar isteri sejak 3 September lalu di samping
melunaskan komitmen hos rakaman program Nona di TV3, kehadiran Mira dengan gaya
polos cukup bermakna buat calon SPM.
Muncul sekitar 20 minit dalam
talian seminar Last Ultra 100%, Mira yang juga duta dan ikon pusat peningkatan
akademi yang memberi fokus membantu pelajar SPM, PTTI mencuri tumpuan ramai.
Membahasakan dirinya sebagai Kak
Mira, Mira sendiri sedar pandemik Covid 19 yang melanda turut mengendurkan
semangat untuk belajar.
Pandemik berkenaan menyebabkan sesi persekolahan terbantut. Peperiksaan termasuk SPM dianjak ke tahun depan dan dijangka berlangsung pada 6 Januari 2021. Peperiksaan percubaan SPM pula akan diadakan bulan depan (Oktober).
Mira Filzah Ikon & Duta PTTI |
“Kalau stres belajar, jangan
paksa diri. Berehat seketika. Nak belajar dan buat ulang kaji ini kena tenang.
Kalau serabut tak ada guna juga. Nak serap ilmu kena dalam keadaan selesa.
“Cuba buat perkara yang boleh
hilangkan stres atau saat otak tepu. Seimbangkan dengan perkara lain. Saya ada
baca komen pelajar yang ikuti seminar dianjurkan siap tulis kalau stres, dia
akan tengok drama Korea. Tapi saya balas balik jangan... nanti tengok sampai
berjangkit jangkit banyak episod pula.
“Atau jika perlu lelapkan mata
atau tidur seketika, lakukanlah. Cuma elak tidur waktu petang selepas waktu
Asar. Nanti otak dan badan lagi penat. Cuba kalau penat sangat pejam mata
sekitar waktu tengah hari sebelum masuk waktu Zohor,” kata Mira.
Mira yang baru muncul dengan
drama Bidadari Kiriman Tuhan bergandingan dengan Zul Ariffin juga berharap adik
adik calon SPM juga dapat mengelak untuk terus ketagih dengan dunia digital
termasuk menggunakan telefon bimbit.
“Belajar untuk jarakkan diri
dengan dunia digital. Memang sekarang kita sudah terbiasa memegang telefon
bimbit melayari itu ini dan menggunakan pelbagai aplikasi berjam jam.
“Ambil masa untuk menikmati udara
di luar contohnya bersenam dan berjoging. Pada masa sama jaga penjarakan
fizikal. Atau paling mudah buat apa saja benda yang kita gemar.
“Bagi calon SPM yang beragama
Islam, jangan tinggal solat. Begitu juga dengan bangsa lain untuk berdoa dengan
Tuhan masing masing.
“Minta restu ibu bapa. Doa ibu
bapa sangat mustajab. Jangan segan peluk mereka dengan kasih sayang untuk
beberapa saat,” katanya.
Mira Filzah Ikon & Duta PTTI |
Pemilik nama penuh Nur Amirah
Filzah Badioezaman yang pernah bergelar pelajar cemerlang ketika SPM pada tahun
2010 juga percaya bahawa kejayaan pendidikan serta ilmu yang ditimba itu
bersifat positif.
“Ilmu dan pendidikan ini sangat
luas skop pemahamannya. Pendidikan bukan diukur dengan tahap kelulusan kita
perolehi. Sebaliknya ia satu proses berterusan tanpa mengira peringkat umur.
Setiap hari menjadi proses belajar benda baru.
“Ada sijil atau kelayakan ia satu
bonus. Tapi realiti sebenar ialah ketika kita berdepan dunia sebenar iaitu
pekerjaan. Dalam dunia ini, ada yang belajar tinggi dan sebaliknya. Namun
kerjaya yang dipilih belum tentu jadi kayu pengukur tahap pendidikan dimiliki.
“Namun ada tahap pendidikan ini
ia dapat membantu dan membentuk kita jadi manusia baik. Macam sebelum ini ada
skeptikal dengan golongan artis yang tiada latar belakang pendidikan. Itu satu
tanggapan salah. Kebanyakan artis pun ada latarbelakang Pendidikan yang baik.
Ia sangat subjektif,” katanya.
Bercerita lanjut mengenai peranan
dan fungsi sebagai ikon dan duta PTTI, Mira Filzah untuk menggalakkan anak muda
menyertai seminar pengajian.
“Dengan kelompok pengikut saya di
media sosial yang kebanyakan juga di kalangan budak sekolah, ia jadi lesen baik
untuk mengajak mereka belajar secara dalam talian.
“Melihat testimoni pelajar SPM
yang berjaya dengan izinNya menerusi bantuan PTTI, ia satu penanda aras
terbaik. Jika selama ini pelajar sekolah memilih belajar sendiri, kenapa tidak
menyertai seminar dianjurkan saja.
“Teknik, tips, cara dan formula
diperkenalkan tenaga pengajar di PTTI termasuk Cikgu Fana sendiri cukup efektif
selain mudah. Proses memahami sesebuah subjek juga lebih baik.
“Benar tahun pelajar sekolah termasuk calon SPM bergelut sedikit kerana Covid 19. Jangan kecewa dan lemah semangat. Ada hikmah tersendiri kerana masa untuk ulang kaji lebih banyak,” katanya.
Sisi peribadinya kini, Mira
mengakui lebih mahu masa bersama suami tercinta. Pasangan yang sempat berbulan
madu di Pulau Langkawi ini, juga dalam proses berpindah ke rumah baru.
“Saya beritahu pengurus untuk
tidak mengambil kerja berlakon dalam tempoh sekitar dua bulan. InsyaAllah
hujung tahun ini, saya akan berlakon untuk sebuah drama Astro Ria.
“Ketika ini saya hanya lunaskan
kerja penggambaran untuk hos Nona saja kerana tak ambil masa panjang,” katanya
Baru baru ini PTTI iaitu sebuah
pusat peningkatan akademik pakar dlm membantu pelajar SPM turut melancarkan
program khas untuk calon pelajar SPM 2020 yang terkesan dengan pandemik
COVID-19.
Dengan kepercayaan semua orang
mampu berjaya, PTTI akan mengadakan Seminar Mampu Skor SPM (Virtual Online)
pada Sabtu, 24 Oktober 2020 terbuka utk
pelajar SPM 2020 semua aliran. PTTI akan menaja 3000 tiket percuma bagi pelajar
yg tak pasti kemampuan diri utk skor dlm SPM demi masa depan mereka.
Layari www.MampuSkorSPM.com utk dapatkan tiket percuma.
No comments:
Post a Comment
Please Leave a Comment to show some Love ~ Thanks