Selepas enam bulan beroperasi, perkhidmatan perniagaan dalam talian AsasiMall buat kali pertama menjalinkan kerjasama dengan artis popular tanah air seperti Rozita Che Wan, Scha Ellinea dan Aidit Noh dalam sebuah karnival jualan hebat.
Che Ta Cuci Gudang, Haji Zeel Promosi AsasiMall di Superwomen Sale |
Karnival jualan selama tiga hari dari 25 hingga 27 September ini dipanggil Superwomen Sale. Ia akan berlangsung di pejabat operasi By RCW di Unit 16-1, JALAN LGSB 1/3 Pusat Komersial LGSB off Jalan Hospital, Sungai Buloh dari jam 10 pagi hingga 8 malam.
Che Ta Cuci dengan Haji Zeel |
AsasiMall yang diuruskan pemilik rumah produksi Zeel Production yang juga penerbit terkenal Haji Fadzil Teh atau Hj Zeel juga optimis dengan karnival yang bakal berlangsung itu.
“Ini kali pertama
kami mengikuti jualan atau karnival seumpama itu. Selama beroperasi teras kami
lebih kepada dalam talian. Tapi sesekali kami tidak kisah turut serta dalam
acara ‘on ground’.
“InsyaAllah selama
karnival jualan berlangsung, pihak AsasiMall akan menjual kelengkapan rumah
seperti mangkuk tingkat, periuk, pinggan mangkuk dan seleksi pakaian termasuk
jubah Abaya dari Dubai.
AsasiMall Mangkuk Tingkat |
AsasiMall Mangkuk Tingkat |
“Dengan penyertaan
rakan artis, siapa tahu karnival jualan sebegini dapat diteruskan pada masa
akan datang. Kita merancang untuk mengadakan karnival jualan sama lagi di Taman
Mini Melaka Oktober depan membabitkan lagi ramai artis termasuk Che Ta
sendiri,” kata Fadzil Teh.
Menurut Fadzil lagi,
AsasiMall ditubuhkan oleh bekas pelajar Universiti Malaya yang aktif menceburi perniagaan
termasuk secara dalam talian.
“Kita juga berharap
dalam tempoh sedikit masa lagi, AsasiMall boleh berdiri setanding dengan Lazada
dan Shopee. Ia selaras dengan perkembangan semasa di mana hampir 80 peratus
transaksi pengguna membeli barangan keperluan mereka dalam talian.
“Oleh kerana saya
sendiri begitu dekat dengan artis, peluang berniaga dalam talian ini turut
dibuka kepada golongan seni yang mencari pendapatan sampingan dengan berniaga.
Tak ketinggalan usahawan daripada semua golongan boleh turut serta.
“Jika ada sesiapa
yang berminat tak kira artis atau golongan masyarakat boleh singgah ke pejabat
operasi AsasiMall di No 8B, Jalan Nirwana 1 , Taman Nirwana, Ampang bagi
mendapatkan maklumat lanjut,” katanya.
Fadzil dalam pada
itu, berharap platform dalam talian AsasiMall akan terus menambat hati
masyarakat.
“Kami mensasarkan
jualan sehingga RM500,000 hingga hujung tahun ini. Mudah mudahan ia
dipermudahkan dan sekali gus dapat membantu menyumbang sebahagian daripada
keuntungan kepada bekas pelajar Universiti Malaya. Ketika ini ada dalam 5000
ahli berdaftar membabitkan bekas penuntut universiti itu yang secara aktif
terbabit dalam dunia niaga
“Untuk membeli barang
yang dijual boleh layari www.asasimall.my atau muat turun aplikasi AsasiMall di
Google Play atau App Store. Boleh juga ikuti perkembangan di Instagram rasmi
@asasimall2020 atau hubungi talian 0196190427,” katanya.
Sementara itu, Che Ta yang juga aktif dalam dunia sejak beberapa tahun lalu akan melakukan jualan cuci gudang. Pelbagai barangan seperti tas tangan, baju Melayu, tudung, shawl dan pakaian preloved milik Che Ta akan dijual dengan harga istimewa.
“InsyaAllah dalam
tempoh tiga hari itu nanti, saya sasarkan untuk mendapat untung jualan bersih
sekitar RM100,000.
“Baju Melayu sepasang dijual pada harga RM50 selain dua
tas tangan Hera dijual dengan harga
RM300 antara yang tidak wajar dilepaskan.
“Ambillah peluang
untuk datang berbelanja dengan bijak pada karnival jualan ini,” kata Che Ta
No comments:
Post a Comment
Please Leave a Comment to show some Love ~ Thanks