Nak kurus bukan senang kan? Dah banyak kali and cara dah cuba tapi... Hari ni kita nak kongsi sati kisah benar. Dulu Tembam, Kini Rosma Kurus dengan MS SenaRos. Jika mahu diselak
kembali, berbakul bakul cacian diterima penyanyi dan ahli perniagaan, Rosma, 35
sejak awal menceburi dunia seni kira kira 17 tahun lalu.
Dulu Tembam, Kini Rosma Kurus dengan MS SenaRos |
Kalau zaman media sosial ketika itu sudah sehangat dan serancak kebelakangan ini dek penangan wira papan kekunci, barangkali hal memperlekehkan bentuk fizikal seseorang atau body shaming dilalui Rosma akan jauh lebih teruk dan boleh buat dirinya jatuh terduduk.
Namun bagi pemilik
nama penuh, Rosmayati Sidik yang kini turut memiliki perniagaan KR Successful
Sdn Bhd bersama suaminya, Khai sejak tahun 2014 itu semua itu tidak
membuatkannya jadi lemah semangat. Bagi penyanyi gilapan
pertandingan realiti Akademi Fantasia pertama itu, tiada pilihan lain untuk
jadi kebal.
“Dek fizikal badan
saya tembam pun jadi modal kecaman. Ada saja yang tak kena di mata yang
membenci. Pernah ketika terbabit promosi sebuah laman sembang pun, ‘kaw kaw’
fizikal diri saya diperkotak katik.
“Ada komen cakap usia
muda tapi badan macam tahap makcik makcik yang ada ramai anak. Gelaran bulat
dan debab pun ada dikenakan untuk saya.
“Malah jauh lebih
teruk, mempersoalkan saya bercinta dengan Khai (sebelum menjadi suami). Siap
cakap badan gemuk, ada hati nak bercinta dengan Khai yang digilai ramai ketika
itu. Pendek kata saya ini tak layak berdampingan dengannya,” kata Rosma.
Kata Rosma yang kini
berbadan ramping sekalipun berstatus ibu kepada tiga orang cahaya mata dengan
mengamalkan produk minuman detoks, MS SenaRos, semua nista itu tidak langsung
menjadi kudis buat dirinya.
“Ada ketika, saya
juga manusia biasa yang berperasaan. Sesekali menangis dan memendam rasa kerana
dikecam dek fizikal diri.
“Dalam hati pernah
terlintas, macam besar sangat ke badan ini? Buruk sangat ke diri saya.
“Tapi kata kata
menjatuhkan itulah yang membakar semangat diri. Rosma yang dulu, bukan yang
sekarang.
“Sekalipun rezeki
saya tidak lagi sepenuhnya dengan menyanyi tetapi sebaliknya berniaga, saya
bangga usaha kecil itu membuahkan hasil besar yang boleh dibanggakan,” katanya.
Bagi Rosma memiliki
badan ramping dengan berat kini 47 kilogram bukan kerana ingin menunjukkan apa
apa kepada mereka yang pernah mencela fizikalnya.
Sebaliknya dilakukan
demi kepuasan diri dan paling utama untuk kesihatan.
“Dulu ketika usia
remaja, saya bukan jenis yang peduli sangat bab nak cantik atau melawa ini.
Masa itu cakap apa sajalah, saya tak kisah. Dah biasa dengan gaya comot.
“Namun sejak
menyertai AF1, nak tak nak memang kena jaga ketrampilan. Ikutkan sejak
pertandingan itu berat saya naik mendadak hingga mencecah ke 70 kilogram.
“Asalnya dari zaman
belum berkahwin, berat badan saya sekitar 48 ke 49 kilogram pun. Masa jadi artis, saya tak keruan kerana susah
pengurusan nak dapatkan tajaan baju,” katanya.
Saat berat badan naik
mendadak, Rosma pula tersilap percaturan mengikut diet yang salah dan
keterlaluan hingga memakan diri
“Saya tak ada ilmu
diet, tapi jenis hentam keromo. Asal dapat turunkan berat badan. Konsep
berlagak pandai walhal tak tahu apa apa. Natijahnya pernah sekali saya cemas
kala jatuh pengsan gara gara diet tak betul hingga dimasukkan di sebuah hospital.
“Dipendekkan cerita,
saya bangkit berdiet dan bersenam dengan betul. Ketika itulah Khai pernah
mencetuskan idea untuk saya keluarkan produk pelangsingan sendiri.
“Saya keluarkan
produk pelangsingan sendiri selepas melahirkan anak kedua. Malah turut menjadi
testimoni kepada produk sendiri. Mampu berbadan langsing sekalipun sudah ada
tiga anak bukan halangan. Semuanya tak mustahil. Zaman belum kahwin saya
bergelut dengan isu berat badan. Sedangkan situasi semasa mungkin sebaliknya
iaitu berat naik mendadak selepas berkahwin dan ada anak,” katanya.
Ketika ini, Rosma
tidak kisah jika ada yang melabelkan dirinya artis sendu atau apa sekalipun.
“Saya bersyukur
diberi kesempatan sementara menumpang glamor dunia artis saat menyertai AF1.
Cita cita saya dulu memang salah satu nak jadi artis. Ia jadi kenyataan. Tuhan
beri saya rasai nikmat menjadi artis yang diberi perhatian seketika. Itu sudah
memadai.
“Sekarang kalau ada
yang label saya sendu atau sudah tak popular tak mengapa. Nak kata zaman saya
sudah berlalu pun tak kisahlah. Begitulah putaran hidup. Saya akur
“Benar walaupun ada
yang anggap saya memiliki suara bagus dan kini sudah berbadan kurus pun bukan
jaminan tuah itu akan ada. Kalau sudah tertulis begitu, tiada apa lagi daya
kita.
“Ketika pintu dunia
seni dilihat tak menyebelahi diri, Allah buka pintu rezeki lain melalui
perniagaan. Dunia niaga yang jauh sekali menjadi minat diri selama ini kini
mula sebati. Dulu hanya mak saya yang suka berniaga. Kini ia turun kepada saya
pula. Dunia nyanyian jatuh tangga kedua. Nombor satu di hati pastinya
perniagaan yang saya majukan bersama suami,” katanya.
Sekalipun sudah
meletakkan perniagan sebagai keutamaan, Rosma tidak sesekali melupakan
nyanyian.
“Minat menyanyi itu
takkan berkubur. Ikutkan selama ini ada jemputan menyanyi secara tertutup.
Malah saya terus diberi kesempatan menyanyi sebagai artis residen di hotel
sepanjang bulan Ramadan.
“Cuma ketika diuji
pandemik Covid 19, rezeki menyanyi itu tak banyak. Tapi saya meneruskan
survival memajukan perniagaan,” katanya.
Rosma dan Khai
berkahwin sejak 26 April 2008. Pasangan ini
dikurniakan tiga cahaya mata, Muhammad Amzar Danish, 11, Nur Amani Damia, 6,
dan Nur Alya Dhania, setahun 3 bulan.
Ketika ini produk
pelangsingan badan dan detoks MS SenaRos dijual pada harga promosi dengan
sebotol berharga RM89. Dua botol pula dijual pada harga lebih jimat RM159. Sebarang maklumat
lanjut boleh rujuk Instagram rasmi @msbykhairosma
No comments:
Post a Comment
Please Leave a Comment to show some Love ~ Thanks