Lagi lagi Datuk K? Ala senanglah bisnes maju
sebab kabel bapa sendiri yang power? Datang daripada keluarga senang, nak apa
petik jari mesti dapat? Dan macam macam lagi pandangan sinis yang diterima
Asyraf Khalid apabila mula meneroka dunia niaga.
Asyraf Khalid Bengang Dikait Tumpang Pengaruh Datuk KAsyraf Khalid bersama isteri Tya Arifin Dan Team Jamu Mutyara Beauty |
Anak ketiga daripada lima beradik
kepada ahli perniagaan terkenal, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) itu
mengakui ada kalanya skeptikal itu pantas menyentak diri.
Siapa tak bengang segala usaha
titik peluh dan kerja keras selama bertahun tahun termasuk mengukuhkan
perniagaan Jamu Mutyara Beauty sejak dua tahun lalu bersama isteri (Tya Arifin)
dilihat mendapat lesen serta laluan mudah hanya kerana pengaruh bapanya.
Asyraf Khalid bersama isteri Tya Arifin Dan Team Jamu Mutyara Beauty |
Malah, papa kepada dua cahaya
mata comel, Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa ini juga dilihat beruntung kerana
mempunyai ibu tiri, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mempunyai pengaruh besar dan
kemasyhuran di arena seni serta perniagaan.
Meraikan ulang tahun kedua
perniagaan Jamu Mutyara diusahakan isterinya pada 20 April ini, Asyraf
terpanggil berkongsi perjalanannya membina empayar perniagaan sendiri.
Selain Mutyara, Asyraf juga
antara mastermind perniagaan jenama Kilafit diusahakan Kilafairy serta Jiwaku
Kids menampilkan anak sulungnya, Arif Jiwa.
“Hati siapa yang tak terguris
kalau balik balik pandangan sama yang dilemparkan orang luar serta pemerhati
dunia niaga. Rasa kadang kadang macam loser, kerana mereka fikir saya kecapi
semua ini dengan cara mudah selain tanggapan klise.
“Jujur saya tak boleh menafikan rasa bengang, jelak dan amarah itu pernah bersarang sampai naik geram. Biasalah yang orang nampak hanya keindahan, di sebalik semua itu... tak ada siapa yang tahu.
Asyraf Khalid |
“Cuma tak adil jika mereka terus
berandaian begitu dan begini. Tapi kalau terus larut dengan rasa negatif itu
pun saya tak akan ke mana. Saya lawan segala rasa,” katanya membuka bicara.
Kata Asyraf, dia bersyukur diberi
ruang merasai kesyukuran sebelum mengecapi kemanisan dalam hidup serta dunia
perniagaan.
Jelasnya lagi, dia mula berjinak jinak dalam dunia perniagaan
tanpa langsung menggunakan pengaruh ayahnya.
“Saya bertatih sendiri dari
bawah. Ikutkan sejak usia tujuh tahun lagi saya sudah jual pen di sekolah dan
macam macam lagilah lubuk perniagaan yang dicuba. Saya betul betul serius mahu
bergelar ahli perniagaan sejak usia 22 tahun hinggalah sekarang.
“Saya dan pasukan kerja kena
kerja keras untuk menakluki apa yang diraih
kala ini. Isteri saya juga antara insan penting yang berada dalam
pasukan kerja itu.
“Setiap hari kami kena kerja
keras. Ia tak datang bergolek begitu saja. Saya tak guna kabel pun, tak ada
merayu bantuan ayah sekalipun untuk keluar modal.
“Saya sedar juga dalam dunia
niaga ini bukan semua yang kita buat akan beroleh kejayaan. Ada juga perniagaan
yang saya buat berakhir begitu saja. Namun itu bukan penamat segala galanya,”
katanya.
Tambah Asyraf, isteri tercinta
yang dikahwini sejak 1 November 2015 menjadi saksi jatuh bangun dirinya.
“Tya banyak melihat dan melalui
serba serbi kesukaran dan kepayahan hidup. Bisnes yang gagal dilakukan juga
berakhir dengan pelbagai ujian termasuk saya berdepan dengan hutang yang
banyak.
“Pernah satu tahap saya dan
isteri sampai kena catu makanan kerana kekangan duit. Kami hanya ada RM10 untuk
memilih sama ada makan nasi goreng di kantin atau di restoran Mamak.
“Lepas itu nak bina perniagaan
baru balik bukan mudah. Tapi saya berkeras untuk melaluinya tanpa meminta
pertolongan sesiapa. Termasuk ayah. Saat saya bernikah dan mempunyai anak, diri
ini terfikir takkan nak beli lampin pakai buang pun ayah masih nak tanggung.
“Berbekal semangat, ilmu dan
pengalaman termasuk ketika belajar dengan syarikat Richworks, saya bangkit
semula. Perjuangan itu bagai baru bermula dan perlahan demi perlahan, saya bina kembali empayar dunia niaga sekali gus
mengangkat jenama Mutyara sehabis baik,” katanya.
Tya Arifin |
Sejak dua tahun lalu juga, Asyraf
dan Tya begitu optimis membangunkan perniagaan jamu jenama Mutyara. Jamu itu
lebih membanggakan merupakan legasi turun temurun diamalkan keluarga isterinya
yang dikomersial.
“Saya dan isteri bina jenama jamu
ini kerana kita mahu menambah nilai sekali gus membantu lebih ramai orang di
luar sana sama sama menikmati khasiat jamu itu. Tak hanya di situ kita juga
buka peluang untuk lebih ramai lagi menjana pendapatan dengan sama sama
berniaga jamu berkenaan.
“Perjalanan nak sampai ke sini
bukan mudah. Sebab itu apabila saya dapat komen skeptikal hanya kerana saya
anak Datuk K semua dilihat mudah, hati ini jadi cepat terasa. Saya juga manusia
yang ada hati dan perasaan macam orang lain.
“Dalam hal sebegini, ia bukan
mengenai dia itu anak siapa. Ramai juga yang kita tahu anak orang berada lebih
selesa tidak berbuat apa termasuk menjalankan perniagaan kerana mereka sudah
terbiasa mendapat wang dengan mudah. Itu pilihan masing masing.
“Sebenarnya ada ramai usahawan
berjaya yang saya lihat boleh berjaya tanpa bergantung kepada sesiapa. Malah
mereka sebenarnya bermula dari ‘zero’,” kata abang kepada Siti Aafiyah Khalid
ini.
Tambah Asyraf lagi, dia banyak
melihat contoh dan idola di luar sana yang berasal dari kampung namun beroleh
kejayaan membanggakan.
“Saya tengok kejayaan sebegini
jadi inspirasi dan penyuntik semangat. Sebagai contoh ada rakan niaga
saya yang buat jualan tahun lepas
mencecah lebih daripada RM20 juta. Tahun ini pula dalam masa 3 bulan dia sudah
buat keuntungan lebih RM15 juta.
Tya Arifin |
“Kejayaan dia itu jujur buat saya
cemburu dan bengang. Namun dalam konteks
yang positif. Mereka mula dengan tak ada apa apa namun boleh berjaya. Lalu
kenapa saya tak boleh berjaya macam itu
dan jadi seperti mereka?,” katanya.
Tutur Asyraf lagi, jika dia mahu
mencari kejayaan pantas nescaya boleh dilakukan dengan menggunakan pengaruh ibu
tirinya (Siti Nurhaliza) dan Datuk K sejak dari dulu
“Kalau mahu berjaya dengan cara
sebegitu, barangkali sudah lama saya guna jalan pintas. Malah tak hanya disitu
apabila saya menggunakan Tya untuk menerajui perniagaan jamu kami, ada pula
yang cakap senanglah sebab isteri saya bergelar artis atau figura awam.
“Maka wujudlah stigma guna artis
senanglah jalan perniagaan yang diteroka. Tapi pandangan itu tak tepat dan
sangat salah. Hakikatnya ada saja artis yang menceburi perniagaan tapi akhirnya
gulung tikar dan lingkup.
“Pada akhirnya semua berbalik
kepada soal rezeki, tuah, usaha dan niat. Bergelar artis atau dilahirkan dalam
keluarga berpengaruh belum tentu jadi jaminan,” katanya.
Katanya lagi, produk yang dijual
itu juga harus bagus dan berkualiti. Ia tidak semata mata menjual jenama artis
atau pengaruh saja.
Malah Asyraf juga terbuka untuk
membantu masyarakat menjana pendapatan sampingan.
“Kita pun harus beri latihan yang
mampan kepada pengedar, agen atau stokis. Artis pun kalau keluarkan produk yang
tidak membantu, akan berakhir dengan kegagalan juga
“Sebenarnya nak buat bisnes ini ada banyak faktor untuk berjaya. Malah
kalau ada yang nak saya bantu, diri ini berlapang dada untuk menerima mereka
dengan tangan terbuka.
“Niat saya adalah untuk membantu
lebih ramai orang beroleh pendapatan sampingan. Lebih-lebih dalam keadaan
semasa negara kita berdepan ujian penularan wabak Covid 19 hingga membuatkan
ekonomi jadi tak menentu.
“Kalau boleh buat pendapatan
sampingan dari RM 1000 hingga RM 5000 sebulan pun kira okay saat
ini. Tak kisahlah siapapun saya, diri ini mahu membantu lebih ramai orang
menjana pendapatan tanpa mengeluarkan modal.
“Kita ada buat Business
Opportunity Session secara online, untuk membantu lebih ramai orang, walaupun
dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan. Ayuh bersama kami demi menjana pendapatan
ketika ramai yang terkesan dengan situasi semasa,” katanya
Di akhir bicara, sekalipun selesa
berdikari dalam dunia perniagaan, Asyraf berbangga kerana dia memiliki tenaga
sokongan jitu di belakang iaitu keluarga tersayang.
“Jujur saya juga bangga dan
bersyukur menjadi anak kepada Datuk K. Itu satu fakta yang tak boleh diubah.
Namun seperti saya katakan, diri ini selesa berdikari dan jauh sekali
bergantung harap kepada ayah.
“Saya bersyukur sebab ayah banyak
mendidik sejak kecil dan membentuk untuk diri ini menjadi seorang yang
berdikari tanpa meminta-minta kepadanya. Masa muda, ayah paling pantang kalau
saya minta duit kepadanya.
“Ayah nak saya faham tentang erti
kehidupan dan kebiasaan mencari wang sendiri. Itu yang membuatkan saya takut
untuk minta apa-apa daripadanya sampai sekarang. Itu juga yang membuatkan saya
jadi sebegini berkat didikannya,” katanya.
Sedari dulu, Asyraf hanya mahu membanggakan ayahnya.
“Dari kecil, ayahlah yang berikan
segala galanya untuk saya. Apabila sudah meningkat dewasa dan berkahwin, mana
mungkin saya nak susahkannya lagi selain terus berada di bawah ketiaknya.
“Sebenarnya awal tahun ni, ayah
ada meminta saya membantu untuk
mengukuhkan jaringan jenama Simplysiti di Indonesia. Namun saya fikir, sekarang adalah masa untuk
membantu isteri dan pasukan jamu
Mutyara melangkah ke tahap yang lebih
tinggi. Lalu permintaan ayah itu saya
terpaksa tolak dengan baik,” katanya.
Berminat nak jadi stokist boleh hubungi Jamu Mutyara? |
Berminat nak jadi stokist boleh hubungi 012 579 9011 untuk di bantu oleh team Mutyara. Untuk info lebih lanjut sila layari
Website: www.mutyara.com
IG: @mutyarabeauty
Teruskan usaha Asyraf Khalid, terbaiklah ada business dalam usia muda, menarik produk Mutyara tu...
ReplyDeleteTu la kalau dapat mak tiri yang terkenal, bapk pulak berjaya mesti ramai yang cakap macam tu. Padahal dia buat dengan titikk peluh sendiri, usha sendiri.. Cantik tya.. Apa2 pun semoga terus berjaya
ReplyDeletemacam² org skrg ni.. bila org berjaya ada je dengki.. bukan nk terus support..
ReplyDeleteOrg zaman skrg ni tahu nak mengata orang je tanpa hujung pangkal. Sis dh ikut perjalanan diorg berdua ni..mmg tgok diaorg berusaha keras utk maju
ReplyDeleteSemoga Asyraff dan Tya terus berjaya membina empayar perniagaan Mutyara mereka. Pedulikan apa orang lain kata.
ReplyDeleteSemua ni atas rezeki. Atas daya usaha yang kita buat. Tak semestinya kena menumpang atas mak ayah je kan..
ReplyDelete