Apakah tanggapan anda tentang
seksi? Sebenarnya, perkataan seksi itu cukup subjektif. Namun bagi artis dan
usahawan terkenal, Kilafairy yang terus ampuh dengan empayar
perniagaan makanan tambahan miliknya, KILAFIT juga mempunyai pandangan
tersendiri terhadap istilah seksi.
Selamat Tinggal ‘Seksi’ - Kilafairy |
Hakikatnya anak kepada artis
penyanyi era 1980-an, Rohana Jalil itu bagaikan tak boleh dipisahkan dengan
sisi seksi berkenaan. Antara selebriti yang dikatakan mempunyai bentuk badan
dan bibir seksi lagi menggiurkan, Kilafairy atau nama sebenar Syakila Nisha
Jangir Khan ini sendiri pernah diberi jolokan Angelina Jolie Malaysia
suatu ketika dahulu.
Namun jika ada yang menyedari
atau perasan terutama di laman Instagram miliknya, @kilafairyofficial
sebenarnya sudah ‘berubah’. Lebih tepat perkongsian gambarnya juga tidak
seperti kebiasaan.
Ya... Kilafairy tak seksi lagi
dan itu antara komen popular yang mula menerpa di fikiran. Tak kurang juga yang
mengandaikan perubahan imej itu disebabkan hatinya yang sedang berbunga
mengenali jejaka bernama Sa’aid Umar Aiman dan kononnya sedang menuju ke fasa
perkahwinan.
Ditanya akan perkara itu, empunya
diri mempunyai penjelasannya. “Pastinya perubahan itu seiring dengan kematangan
diri. Ia seperti isyarat atau panggilan kepada diri sendiri. Dalam hidup ini
kita sentiasa berusaha mahu jadi lebih baik dan memperbaiki diri.
“Step by step... insyaAllah.
Berkat doa ibu bapa juga. Sempena tahun baharu, 2020 ini saya mahu mulakan
sesuatu yang segar dan bersih. Saya cuba elak atau tak mahu lagi orang di luar
sana nampak diri ini dengan terjemahan seperti ... oh badan dia cantik mahupun
seksi!,” ungkap Kilafairy.
Penyanyi lagu Put The Word In ini
lebih selesa kini mereka di luar sana melihatnya daripada sudut bakat dimiliki
selain usaha untuk terus menjadi usahanita berjaya.
“Saya mahu memberi contoh yang
baik kepada penyokong dan mereka yang menggunakan KILAFIT. InsyaAllah. Saya
mahu jadi insan yang lebih baik. Sebenarnya sudah tujuh bulan saya cuba menjaga
penampilan dan sebagainya. Lagipun saya bukan makin muda. Lebih mengujakan
perkara ini tanpa diduga membuka mata sendiri dan pasukan KILAFIT mengenai visi
dan misi perniagaan kami,” katanya optimis.
Jelas Kilafairy, perubahan
imejnya itu juga seiring dan selaras dengan apa yang mahu diperjuangkan KILAFIT
lagi lagi dengan perkembangan agen dan stokis jenama berkenaan yang semakin
meningkat.
“Saya bukan saja sayang dan
kasihan dengan haiwan. Namun turut bersimpati dengan orang dan persekitaran
yang melanda dunia. Termasuk isu umat Islam Uighur di China yang ditindas dan
krisis kebakaran hutan di Australia baru baru ini. Serta terbaru isu
Coronavirus yang menggemparkan dunia.
“Jadi berbalik kepada situasi
sendiri terutama apabila Mama (Rohana Jalil) berdepan kesan sampingan yang
teruk daripada produk yang digunakan, saya yakin hal sama juga terjadi kepada
orang lain hingga menjadi mangsa.
“Maka sebab itu juga saya bangkit
memulakan perniagaan KILAFIT sejak setahun lebih yang lalu kerana mahu berikan
solusi penurunan berat badan terbaik tanpa kesan sampingan. Alhamdulillah misi
itu berjaya dicapai menerusi testimoni yang menggunakan produk saya secara
konsisten. Pelanggan dan pengguna produk saya
boleh turun berat badan dengan selamat secara purata 8 kilogram dan
lebih dalam tempoh sebulan ,” katanya.
Tambahnya lagi, soal menjaga
penampilan, bentuk badan mahupun kecantikan bukan semata mata dilihat daripada
luaran.
“Kita menjaga kesihatan atau mahu
menurunkan berat badan sekalipun bukan kerana aspek luaran semata mata. Bab
dalaman juga harus dititikberatkan. Saya sendiri apabila mendengar banyak
cerita di sekeliling terutama mengenai hal sakit tenat dan berita kematian di
usia muda atau meninggalkan anak yang masih kecil, hati ini terpalit rasa sedih
yang amat.
“Malah menerusi pengamatan dan
pembacaan, kes kematian kerana berat badan berlebihan juga antara yang cukup
membimbangkan. Tiada jaminan dan kompromi dalam bab ini. Hal sebegini terus
menggerakkan saya dan pasukan kerja menetapkan misi baru KILAFIT untuk membantu
orang di luar sana mencegah masalah kesihatan akibat berat badan berlebihan.
“Hingga menjurus kepada masalah
kencing manis, kanser, serangan jantung, tekanan darah tinggi, period tidak
teratur selain cabaran masa kehamilan,” katanya. Bahkan, Kilafairy sendiri
takut melihat mereka yang berdepan kesukaran dan kesusahan ketika bergelut
dengan masalah kesihatan.
“Kesannya hingga perlu kerap ke
hospital atau klinik untuk mendapat rawatan. Bil perubatan sekarang pun
melambung tinggi hingga ada yang tak mampu membayarnya.
“Berbalik kepada KILAFIT, kami
bukan mahu menjual ‘seksi’ atau perlu kurus semata mata, sebaliknya nak bantu
mereka di luar sana yang ada masalah kesihatan dan mengharapkan masa depan yang
lebih baik. InsyaAllah.”
“Mencegah itu lebih baik daripada
mengubati. Kurus atau seksi itu cukup subjektif dan mungkin dilihat penting
untuk meningkatkan keyakinan diri bagi sesetengah daripada kita. Namun di KILAFIT
tiada gunanya semua itu jika kesihatan dalaman tidak dijaga. Keseimbangan
dalaman dan luaran itu paling penting.
“Itulah juga misi dan azam
KILAFIT pada tahun ini serta mendatang. Ia juga seiring dengan imej saya kini.
Tagline KILAFIT juga menekankan peri penting Versi Terbaikmu. Bukan sahaja
daripada sudut kesihatan, tapi bantuan khalayak ramai menerusi sudut taraf
kehidupan melalui platform usahawan Agen & Stokis KILAFIT,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Please Leave a Comment to show some Love ~ Thanks