Malaysian Spices: Rempah Ratus Mak Siti
Hey! As you know during Hari Raya many will
cook the traditional and also favorite dishes rendang, serunding, curries and
more right. Well, all these dishes need many types of spices and also time to
prepare. So nowadays some who wish to cook own rendang and curries but don’t have
to luxury of time to prepare all the spices can look for premix spices and
spices from Rempah Ratus Mak Siti.
It’s fresh from the farm because they own herbs and spices plantation in Johor producing
6 to 10 metric tonnes of raw herbs and spices each day.
Malaysian Spices: Rempah Ratus Mak Siti |
Rempah Ratus Mak Siti most sort after
premix spices include Rendang Spices Powder, Kurma Spices Powder, Fish Curry
Powder, Meat Curry Powder, Beriani Rice Spices Powder, Soto Soup, Punjut Soup, and
many more. I’m sure some of you had tried these spices before and today I’m
going to share about the behind the success story of Rempah Ratus Mak Siti.
Malaysian Spices: Rempah Ratus Mak Siti |
For more information about Rempah Ratus Mak
Siti, please visit
Website: http://www.maksiti.com
Facebook: @ rempahratusmaksiti
Instagram: @ rempahratusmaksiti
Disebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti |
Disebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti
Pada awalnya Mak Siti ditubuhkan untuk
menyara keluarga pada ketika itu secara kecil-kecilan untuk menampung kehidupan
sekeluarga. Berkat usaha dan pengedaran yang pada masa itu dibuat di
kampung-kampung dan bandar-bandar kecil akhirnya Mak Siti dikenali.
40 tahun dalam pasaran, Rempah Mak Siti
memang sangat terkenal di Johor Bharu. Produk yang ‘wajib’ ada didalam dapur
rumah ini menjadi kesukaan ramai kerana kelainan rasanya yang bebas dari
penggunaan perasa, pewarna dan juga pengawet.
Rempah Ratus Mak Siti: Soto Soup |
Kemunculan resepi turun temurun yang asli
ini sebenarnya ada jalan cerita, pahit manis buat Puan Siti Khawa Jannah dan suaminya Tuan Mohd
Hafizan Yusoff yang menyambung legasi perniagaan keluarganya.
Setiap orang yang berjaya pasti ada
permulaan yang hebat, cabaran yang besar dan semangat yang kuat yang ada dalam
diri mereka. Menjadi pengasas produk atau jenama terkenal adalah idaman ramai
orang.
Tapi ramai yang tidak pasti apakah langkah
pertama yang mereka perlu ambil, apakah cabaran yang akan dihadapi dan
bagaimana mereka lalui semua cabaran dan halangan sehingga menjadikan mereka
terkenal.
Orang kata menjadi anak founder adalah satu
anugerah! Di saat orang lain bergelut nak mulakan perniagaan tapi bagi mereka,
lahir-lahir saja bisnes dah ada untuk mereka. Tapi ramai yang tak tahu betapa
mereka terpaksa bergelut untuk mengembangkan bisnes milik keluarga mereka ini.
Disebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti |
Puan Siti dulu selalu tertekan kerana di
bahunya terpikul harapan dan beban untuk memajukan bisnes keluarga sedangkan
beliau tidak mempunyai pengalaman. Selepas beliau habis belajar dan terjun
dalam dunia bisnes keluarga, keadaan bisnesnya adalah tidak tentu arah. Berlaku
penyelewengan di kalangan pekerja dan ramai pekerja yang tidak percaya
kemampuannya.
Terdetik dalam fikirannya, kenapa Rempah
Mak Siti tidak mampu untuk bersaing dengan jenama-jenama lain yang berada di
pasaran Malaysia dan antarabangsa. Meneruskan bisnes yang dah bertapak sejak
turun temurun bukan satu tugas yang mudah lagi-lagi nak pastikan perniagaannya
akan terus bertahan dan menjadi legasi satu hari nanti.
Sampai satu tahap beliau rasakan yang sales
dah stagnant, tidak ada perubahan dan beliau anggap pasaran dah mula tepu dan
tiada lagi masa depan untuk perniagaannya di Malaysia.
Puan Siti Khawa Jannah Nasuha yang
merupakan Pengurus Besar Syarikat Nasuha Enterprise Sdn Bhd telah membuat
pembaharuan serta penjenamaan baru rempah ratus MAK SITI daripada paket biasa
sehingga sekarang diperkenalkan rempah ratus di dalam botol.
Malaysian Spices: Rempah Ratus Mak Siti |
Rempah Mak Siti adalah produk yang
semulajadi, tidak mengandungi pewarna dan perasa tiruan dan sesuai bagi
vegetarians. Produk utama adalah Serbuk rempah Kari Daging, Serbuk Rempah Kari
Ikan, Serbuk Rempah Sup, Serbuk Rempah Sup Soto, Serbuk Rempah Rendang, Sup
Tulang, Sup Punjut, Sup Soto dan Raja Sup. Kini produk rempah ratus Mak Siti
ada dijual di kedai-kedai runcit, Pasaraya dan Hypermarket (TESCO, Giant, Aeon
Big, JUSCO dan Mydin).
Rempah Ratus Mak Siti |
Syarikat kini mempelbagaikan lagi jenis
produk dengan menghasilkan produk rempah dalam botol seperti Emping Cili (Chili
Flakes), Serbuk Cili, Daun Limau Purut, Serbuk Daun Limau Purut, Serbuk Kayu
Manis, Serbuk Halia, Serbuk Lada Putih, Serbuk Lada Hitam dan Serbuk Kunyit.
Produk-produk ini telah mula diperkenalkan semasa Expo MIHAS 2017 baru-baru ini
dan mendapat sambutan yang amat
menggalakkan.
Disebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti |
Sebelum meneruskan legasi keluarga, Siti
Khawa menimba pengalaman kerja daripada bawah. Siti Khawa pernah menimba
pengalaman bekerja sebagai pelayan restoran, juga sebagai kerani di sebuah
firma audit dan perakaunan. Setelah itu, Siti Khawa diberi mandat oleh
keluarganya untuk meneruskan legasi keluarga.
Minat yang mendalam Siti Khawa
dalam perniagaan sebenarnya timbul sejak kecil lagi. Semasa berumur sekitar
8-10 tahun, Siti Khawa telah mulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Siti
Khawa tidak perasan akan minat tersebut sehinggalah pada masa itu, Siti Khawa
berniaga air dan jajan di Kawasan perumahan beliau.
Perasaan berniaga pada masa itu hanyalah
sekadar suka-suka. Perniagaan kedua yang diceburi adalah apabila beliau cuba
berniaga keronsang dan rantai tangan dan leher yang dibuat sendiri daripada
manik yang dipelajari oleh seorang kenalan.
Dan perniagaan ketiga adalah apabila beliau
mengambil inisiatif untuk memulakan perniagaan sebagai seorang pustakawan
kerana terdapat terlalu banyak buku yang dibaca beliau kemudian dipinjamkan
kepada kawan-kawannya dimana pinjaman buku tersebut memerlukan deposit.
Ketiga-tiga pernigaan tersebut dilalui semasa beliau di zaman sekolah rendah lagi.
Sewaktu mula-mula bekerja dengan Mak Siti
adalah antara detik mencabar ketika itu. Beberapa situasi dimana pada ketika
itu Siti Khawa masih muda dan mentah dalam selok belok ilmu perkilangan
sehinggalah pengedaran. Antara cabaran lain pada ketika itu adalah untuk
menjaga team yang rata-rata nya lebih matang daripada Siti Khawa pada ketika
itu.
Antara pengalaman yang tidak dapat
dilupakan termasuklah penyelewengan oleh pekerja yang lebih matang daripada
siti Khawa pada ketika itu yang melibatkan sejumlah amaun ratusan ribu ringgit.
Walaubagaiamanapun, pengalaman- pengalaman ini yang mendewasakan siti Khawa.
Atas sebab itu, siti Khawa bertekad untuk benar-benar mempelajari ilmu dan
selok- belok perniagaan walau apa pun terjadi.
Persaingan produk bukanlah perkara utama
Siti Khawa. Siti Khawa akan hanya fokus kepada pesaingan yang melibatkan diri
sendiri iaitu “ adakah tahun ini kita buat lebih baik daripada tahun
sebelumnya”.
Setiap kali apabila merasa mahu putus asa,
sebenarnya di saat itulah saat yang kita patut bangkit dan melawan perasaan
itu. Siti Khawa juga tidak gemar melayan perasaan sedih terlalu lama.
“Sekiranya ada sesuatu cabaran berlaku, Siti Khawa yakin itu adalah proses
pembelajaran untuk ke peringkat yang lebih baik dan seterusnya” ujarnya.
Perancangan mereka untuk 2019 adalah untuk
memperluaskan lagi jenama Rempah Mak Siti ke seluruh negeri dan juga untuk
memberi pendedahan kepada pengguna Mak Siti yang kini, mereka boleh peroleh
produk Mak Siti di dalam botol setaraf dengan jenama antarabangsa.
Tonggak utama Puan Siti khawa semestilah
ibu dan bapanya,Ibu dan bapanya adalah seorang yang amat kuat bekerja dan
berusaha dalam memperbaiki kehidupan. Ini adalah kerana pada asalnya keluarga
ini bukanlah daripada kalangan keluarga orang berada.
Tidak asing lagi bila diperkatakan
perniagaan rempah ratus yang terkenal iaitu MAK SITI . Lebih 35 Tahun
perniagaan rempah ratus ini diusahakan oleh Pengasas Syarikat Nasuha Enterprise
Sdn Bhd iaitu Tuan Haji Nasuha Kasin (Pengarah Urusan) dan Puan Hajah Hajir
Salleh (Pengarah).
Pernah juga ibu bapa di kutuk dan dihina
kerana pada masa dahulu kononnya bekerja di dalam sektor kerajaan adalah amat
dihormati berbanding dengan berniaga “hanya rempah sahaja”. Ketika itu,
perniagaan rempah ini diambil enteng kerana belum nampak lagi “buah dan
isinya”.
Ternyata, itu semua bukanlah satu
pengakhiran. Ianya merupakan pembakar semangat keluarga ini untuk terus
berusaha menjadi yang lebih berjaya.Kilang Mak Siti pada awalnya diusahakan di
2 lot rumah kedai sahaja. Diatas lot kedai tersebut dimana keluarga kecil ini
meneruskan kehidupan sebagai peniaga. Tidak kenal erti siang dan malam kerana
disulah perusahaan rempah dan disitulah juga tempat tinggal.
Pada
tahun 2000, keluarga ini mengambil keputusan untuk berpindah ke Muar, Johor
apabila perniagaan mereka semakin berkembang. Disana sana mereka beroperasi di
atas tanah seluas 3200 ekar.
Di Muar tersebut pelbagai aktiviti dijalankan
antaranya perladangan, pemprosesan rempah ratus sehinggalan pengedaran rempah
ratus. Ladang ini juga penah dinobatkan sebagai Malaysian Guiness Book of
Record 2014 sebagai ladang herba terbesar di Malaysia yang mempunyai hampir
lebih kurang 6000 species rempah ratus dan herba.
Ladang dan kilang terletak di Batu 12, Jalan Muar-Pagoh, Muar,
Johor yang merangkumi kawasan seluas 3,200 ekar. Ladang ini juga
telah mendapat pengiktirafan sebagai 'The Largest Herbs & Spices
Plantation' oleh The Malaysia Book of Records (MBR).
Selain daripada mengusahakan ladang Rempah
Ratus Puan Hajah Hajir Salleh (Pengarah) atau lebih dikenali sebagai Mak Siti
juga mengusahakan sebuah restoran. “Melayu sememangnya terkenal dengan nilai
dan elemen tradisional yang diwarisi dari zaman ke zaman. Bahan-bahan masakan
yang sering digunakan seperti cili, serai, ketumbar, santan kelapa dan rempah
ratus dilihat terus kekal hingga hari ini dan membuatkan rasa serta keenakannya
tidak banyak berubah”, ujar Mak Siti.
Walau apa cara sekali pun, masakan Melayu
tetap dilihat sebagai antara masakan yang unik dan enak dengan gabungan rasa
manis, pedas, masin dan masam. Jika ditanya rahsia keenakan masakan Melayu
sudah tentu disebabkan rempah asli atau bahan asas yang segar.
Bagi Mak Siti, keistimewaan hidangan yang
ditawarkan pihaknya terletak pada konsep masakan ibu yang disediakan oleh
beliau sendiri. Misalnya, kesemua hidangan yang disajikan di sini menghidangkan
masakan Melayu tradisional yang pastinya berpatutan dengan harga yang
ditawarkan.
“Kami menawarkan lebih kurang 40 jenis
masakan Melayu asli tanpa masakan gabungan (fusion Food) seperti yang
ditawarkan di mana-mana restoran lain yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur.
“Sebab terlalu banyak restoran menyediakan
masakan gabungan, saya ingin berikan suatu kelainan terhadap sentuhan masakan
asli yang pastinya lebih kena dengan selera orang tempatan,” jelasnya.
Dari pelbagai variasi lauk-pauk seperti
gulai sayur nangka, ikan bakar, pecal, sayur lodeh, daging masak lada hitam dan
ulam pastinya membangkitkan selera mereka yang menggemari masakan Melayu asli.
Mak Siti berkata, restorannya ini mempunyai
penggemarnya tersendiri. Bukan setakat orang Melayu, Cina malah pelancong asing
juga berminat dan gemar pada masakan Melayu.
Seperkara lagi yang menarik tentang
restoran ini ialah masakannya tidak menggunakan perasa tiruan seperti MSG.
Sebaliknya, Mak Siti memilih untuk mempelbagaikan rempah dan herba Melayu asli
daripada Rempah Ratus Mak Siti serta memastikan pemilihan bahan mentah seperti
sayur, ikan, ayam, daging segar supaya kualiti keenakan masakan sentiasa
terjamin.
Bahan-bahan yang digunakan dalam rempah ini
terdiri daripada bahan yang segar dan bebas daripada sebarang bahan awet serta
ejen pewarna. Dengan adanya rempah ratus yang dihasilkan menggunakan bahan
segar dan dikisar menurut standard kualiti cukup tinggi, pastinya mudah untuk
sesiapa menyediakan pelbagai resipi kegemaran di rumah tanpa perlu risau rasa
masakan berubah daripada kebiasaan.
“Di sini, kami mengutamakan kualiti
berbanding kuantiti. Pelanggan boleh memilih menu daripada pembuka selera,
salad, sup, masakan laut dengan harga berpatutan. Kami juga menyediakan menu
percubaan, iaitu hidangan dalam kuantiti kecil untuk tujuan rasa. Dengan cara
ini tetamu kami dapat merasa lebih keistimewaan dan membuat pilihan yang sesuai
dengan cita rasa mereka,” ujar anak kelahiran Perak ini.
No comments:
Post a Comment
Please Leave a Comment to show some Love ~ Thanks