Any chocolate cake lovers here? If yes, you might want to know about Absolut Chocolat Cake 13,000 Boxes Sold In 3 Days. Here is something to share with you all.
Absolut Chocolat Cake 13,000 Boxes Sold In 3 Days |
Penangan kek jenama
Absolut Chocolat di bawah Absolut Brands Sdn Bhd yang diusahakan pasangan suami
isteri, Ben Ali dan Nadiyah Shahab bukan
‘bhiase-bhiase’. Sejak diperkenalkan Februari tahun lalu, kek itu terus mencipta
sensasi dan pengaruh tersendiri. Hanya dipromosikan di Instagram selain
menggunakan populariti rakan artis mempromosikannya, kek itu pantas mencuri
tumpuan ramai.
Penangan kek jenama Absolut Chocolat di bawah Absolut Brands Sdn Bhd yang diusahakan pasangan suami isteri, Ben Ali dan Nadiyah Shahab |
Malah pada festival Mood Republik
baru-baru ini yang berlangsung di Pusat
Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MiTEC), Jalan Duta juga mencipta
kejayaan serta fenomena membanggakan apabila lebih 13,000 kotak kek terjual
selama tiga hari ia dianjurkan.
“Habis licin... 13,000 kotak
dalam masa tiga hari memang sesuatu yang cukup mengejutkan dan pada masa sama
menjadi pencapaian serta kebanggaan peribadi kami. Ikutkan mahu buat lebih lagi
kek ketika itu tapi pihak operasi tidak mampu memenuhi permintaan.
“Untuk acara tiga hari itu juga
kita berjaya memecah rekod peribadi jenama ini dengan mencatat keuntungan
jualan kasar mencecah enam angka.
“Malah untuk menyuntik kelainan
kita juga turut melancarkan minuman Teh Susu Boba di bawah cabang Absolut Brew
pada festival berkenaan sebagai memberi variasi kepada produk yang kami
keluarkan. Kami tidak boleh terus berada di zon selesa dengan produk yang sedia
ada. Beberapa jenis produk makanan dan minuman dijangka dipasarkan pada masa
mendatang,” kata Pengarah Urusan Absolut Brands Sdn Bhd, Ben Ali dalam
pertemuan dengannya baru-baru ini.
Bermula dengan kek coklat,
pilihan kini juga dikembangkan untuk jenis Boba Milk Tea dan Milk Lava.
“Kita mahu jadi lebih eksklusif
dalam memberikan pilihan kek kepada penggemarnya. Kek coklat mula dikeluarkan
Februari tahun lalu. Kira-kira bulan September lalu, kita keluar pula kek Milk
Lava. Kami percaya orang cepat bosan dengan jenis kek yang dijual. Jangka hayat
satu kek itu boleh bertahan dalam tempoh enam bulan.
“Kita percaya variasi ini perlu
dalam memberi pilihan kepada peminat kek. Orang cepat bosan dengan kek dan
kehangatannya akan mula turun. Sebab itu juga kita keluarkan produk minuman
pula.
“Alhamdulillah permintaan kek ini
sejak dari dulu hingga ke musim raya ini terus meningkat. Tapi itu bukan
jaminan untuk kita terus selesa dengan apa yang ada. Selama setahun lebih kek
ini berada di pasaran, perkembangannya cukup meluas hingga pada satu tahap
tidak mampu menampung permintaan masyarakat,” kata Ben.
Bermula dengan operasi
kecil-kecilan di gerai jualan hinggalah ke tahap menyewa premis kedai dua
tingkat di Cheras, Ben dan rakan kongsi yang juga isterinya, Nadiyah Shahab
boleh tersenyum bangga kerana usaha mereka membuahkan hasil hingga menjadi
terkenal.
“Bisnes ini semuanya bermula
sebab kami nak cari duit lebih untuk berkahwin (November tahun lalu). Daripada
suka-suka nak cari duit tambahan, siapa sangka minat kami terus bercambah untuk
lebih serius dalam dunia perniagaan. Saya sendiri tak yakin dengan perniagaan
kek ini tetapi diyakinkan isteri.
“Pernah pada awalan fasa
berniaga, saya dan isterilah yang tolong lakukan proses memasukkan kek ke dalam
kotak. Malah kami jugalah yang melakukan penghantaran kek terus kepada
pelanggan. Daripada hari pertama dapat tempahan awal hanya empat biji kek, ia
bertambah hari demi hari. Dari 10 hinggalah sampai 200 biji sehari kami
sediakan.
“Ketika ini dari awal hinggalah
sekarnag kami masih menggunakan khidmat pembuat kek luar yang diserap masuk ke
dalam syarikat ini. Insya-Allah kami juga mahu ia terus maju dengan segala
operasi dilakukan sendiri suatu masa nanti,” katanya.
Memanfaatkan perkembangan
teknologi Instagram dan pengaruh artis, kek Absolut Chocolat juga mencari
pendekatan lain untuk terus menarik perhatian
ramai.
“Kami percaya orang sekarang
kalau bangun tidur akan tengok telefon bimbit dulu berbanding menonton TV.
Sebab itu strategi utama kami ialah menerusi Instagram. Artis juga sangat
membantu dengan bermurah hati mempromosikannya di Instagram.
“Biarpun berdepan pesaing sebuah
jenama kek yang sudah 12 tahun di pasaran, kami optimis dengan cara tersendiri.
Tiada niat untuk berlawan dengan jenama itu, kami percaya dengan konsep yang
dipersembahkan. Idea mengasingkan sos dan dituangkan sendiri ke atas kek tanpa
diduga menjadi kegilaan ramai,” katanya.
Ketika ini Absolut Chocolat terus
rancak dipasarkan dengan pelbagai medium termasuk menggunakan agen.
“Selepas menggunakan khidmat satu
agen untuk setiap negeri, kami mencuri peluang memasarkan kek menerusi stesen
pam minyak seperti Petronas, Shell dan Petron. Bermula dengan dua buah stesen,
kini sudah ada 100 buah stesen yang menjual kek ini di sekitar Lembah Klang.
“Kami juga merangka untuk
mewujudkan hub di Johor, Kedah dan Terengganu bagi memantau stesen pam minyak
di negeri berkenaan. Untuk tahun depan
juga kami merancang untuk membuka kios di pusat beli belah utama termasuk KLCC
dan Pavilion. Kami mahu menjadi usahawan Melayu Bumiputera pertama yang
mengusahakan perniagaan sendiri tanpa bantuan mana mana pihak di pusat beli
belah berkenaan.
“Kami juga merancang untuk
membuka francais selepas ini. Pada masa sama tidak hanya tertumpu di dalam
negara, kami juga akan menyertai ekspo antarabangsa seperti di Dubai dan United
Kingdom. Kami tidak mahu perjuangan ini terbatas di dalam negara saja... tetapi
di pentas dunia,” katanya.
Sekalipun sentiasa terbuka dengan
persaingan pihak yang mahu bersaing, Ben dan Nadiyah tidak mahu semua itu
menjadi alasan mengalah. Malah kejayaan tahun lalu mendapat keuntungan bersih
sebanyak 1.5 juta tahun lalu juga merangsang pihak Absolut Brands Sdn Bhd untuk
menggandakan angka berkenaan pada tahun ini.
Absolut Brands Sdn Bhd yang diusahakan pasangan suami isteri, Ben Ali dan Nadiyah Shahab |
Kini di bawah Absolut Brands
Sdn Bhd selain mempunyai Absolut
Chocolat, pihak mereka juga berkembang dengan menjalankan cabang perniagaan
Absolut Brew, Absolut Event dan Absolut
Management.
For more information about Absolut Chocolat Cake, please visit
Instagram: @absolutchocolat
Website: www.absolutchocolat.com
No comments:
Post a Comment
Please Leave a Comment to show some Love ~ Thanks