Segmen Saya Mahu Ditegur


Hi! Kita ni jarang blog dalam Bahasa Malaysia tapi boleh lah cuba sebab ada juga ramai follower and kawan-kawan blogger yang sanggup singgah dan baca blog Sunshine Kelly (SK). Terima kasih kepada peminat dan pembaca sekalian. Sebab anda saya menyertai Segmen - Saya Mahu Ditegur di blog Eyriqazz

Saya setuju bahawa dalam hidup kita harus sedia terima teguran dan pendapat orang. Kadang kita rasa kita sudah ok, sudah maju, sudah pandai tetapi pada hakikatnya masih ada banyak kelemahan dan kekurangan yang kita tak nampak ataupun tak sedar. 

Sama juga dengan blog SK baru sahaja masuk tahun ketiga, nampak nya masih banyak yang SK harus belajar, perbaiki dan terus gigih. Saya memang suka ditegur dan sedia menerima pendapat dan cadangan kalian semua. 

Sila singgah ke blog SK dan beri pendapat dan komen apa yang kalian rasa SK perlu perbaiki atau kelemahan yang ada. Jangan lupa singgah blog teman-teman SK yang suka ditegur juga kat Senarai Peserta Segmen - Saya Suka Ditegur. Terima kasih.     

No comments:

Post a Comment

Please Leave a Comment to show some Love ~ Thanks