17 Pemenang Ceria Memenangi Hadiah Berjumlah RM 125,000 Dalam Kempen Shop & Win di Berjaya Times Square Kuala Lumpur


Nak tahu siapa pemenang yang bertuah bakal ke 
New York, Gold Coast dan Seoul?


Kempen Shop & Win diadakan sempena dengan 1Malaysia Mega Sale, Berjaya Times Square Kuala Lumpur telah mengakhiri kempen ‘Shop & Win’ dengan menghadiahkan 17 pemenang di dalam acara menarik yang memaparkan persembahan yang  bertemakan pemandangan pantai Gold Coast, gemerlapan New York dan Korea. Acara ‘Live Draw’ ini menarik minat pengunjung di mana mereka akan memenuhi ruang Lower Ground Concourse untuk memeriahkan acara tersebut.


Berjaya Times Square Kuala Lumpur memberikan lebih RM125,000 dalam bentuk hadiah yang merangkumi 3 hadiah utama iaitu percutian mewah ke New York (Amerika Syarikat), Gold Coast (Australia) dan Seoul (Korea Selatan).


Cabutan Bertuah 

 Berjaya Times Square KL memberi ganjaran melebihi RM125,000 dalam 
bentuk hadiah kepada 17 pemenang bertuah

Untuk menambahkan pengalaman menyeluruh, setiap hadiah utama disediakan dengan tiket penerbangan pergi balik, lawatan ke tempat-tempat menarik, kemudahan pengangkutan secara peribadi serta penginapan mewah untuk 2 orang. Tidak cukup dengan itu, diselitkan juga wang perbelanjaan dalam mata wang setiap Negara (USD2,000, AUD2,000 atau KRW2,000,000) untuk pemenang membeli belah yang bertuah. Dengan menawarkan hadiah hadiah saguhati seperti ‘The New iPad’, Samsung Galaxy SIII, TV Samsung LED 42” dan pelbagai barangan menarik dari penaja untuk dimenangi, kempen ini telah merekodkan sebanyak 13,500 penyertaan. 

 Pemenang Hadiah Utama dan pengurusan Berjaya Times Square KL
(Dari kiri) Dr. Wan Jamaliah Wan Jusoh, Khoo Eng Heng, Ten Li Hoong, 
Tan Mun Choy, Fong How Yee, dan Koh Huey Min

Dr. Wan Jamaliah Wan Jusoh, seorang pensyarah, telah memenangi hadiah 5h4m ke Gold Coast. Beliau mengakui bahawa percutian ke Gold Coast bukan kali pertama bagi beliau, malah beliau turut berteriak hanya akan membawa suami sahaja ke sana tanpa anak-anak kerana mereka semua sudah remaja dan dewasa. Beliau menambah akan membeli cenderahati dari Australia untuk anak-anak dengan menggunakan wang AUD2,000.

Pemenang percutian Seoul, Fong How Yee (24) hanya tergamam apabila menaiki pentas untuk kali kedua pada hari itu. Dengan hadiah ‘The New iPad’ terdahulu, Fong adalah pemenang terbesar pada petang itu. Beliau merupakan seorang Chef di sebuah restoran Jepun di Ibu Kota mengulas bahawa beliau masih terkejut kegembiraan dan akan berkongsi kegembiraan tersebut bersama keluarga di Malaysia Timur, selain tambahan wang sebanyak KRW2,000,000 membuatkan kemenangan ini mimpi menjadi kenyataan.

Ten Li Hoong terpaksa mengorbankan tidurnya dan mengharungi perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur semata –mata menemani kakaknya yang berkeras meminta beliau datang ke acara tersebut. Ten, yang hanya membuat 6kali penyertaan ke Kotak New York berasa sangat gembira menyatakan bahawa ini merupakan kali pertama beliau ke Amerika Syarikat. Beliau turut berkongsi berita gembira dengan suami melalui panggilan telefon setelah teruja dengan nasib mereka. Beliau memaklumkan hadiah ini merupakan hadiah bulan madu mereka setelah mendapati ia termasuk kemudahan pengangkutan secara peribadi, lawatan menarik ke Big Apple dengan dilengkapi oleh pemandu dan wang USD2,000 untuk membeli belah.

Sam Leong Memenagi Peraduan Snap & Like Dengan Hadiah Lawatan 3H2M 
ke Bali Untuk 2 Orang

Selain dari acara di atas, Berjaya Times Square Kuala Lumpur juga mengadakan sebuah cabaran talian melalui laman Facebook. Dengan tajuk ‘Snap & Win’ pelanggan digalakkan untuk memuat naik gambar mereka di kedai kegemaran di kompleks beli belah disertakan dengan kepyen menarik. Pelanggan yang mendapat ‘Like’ paling banyak untuk penyertaan mereka akan memenangi hadiah utama iaitu lawatan ke Bali untuk 2 orang. Sam Leong, 75, sangat teruja apabila mengetahui beliau adalah pemenang percutian 3H2M. Leong, yang hadir bersama anaknya Rachel memberitahu dia akan membawa seisi keluarga untuk percutian kali ini.

Pengunjung dan peserta berduyun-duyun ke Lower Ground Concourse untuk 
bersama-sama memeriahkan acara manakala pengacara Bernard Hiew 
beramah mesra serta melayani mereka dengan gaya tersendiri beliau

En. Tan Boon Leong, Pengurus Kanan Bahagian Pemasaran dan Promosi Badan Pengurusan Bersama Berjaya Times Square gembira apabila para pemberita menemuramah pemenang.

“Berdasarkan maklum balas, kempen ini telah menjadi satu kejayaan besar setelah pemenang secara amnya melahirkan sikap positif terhadap kemenangan dan hadiah mereka. Kami percaya bahawa sifat hadiah memperkukuhkan ekuiti jenama Berjaya Times Square Kuala Lumpur dalam pasaran yang kompetitif. Kami sentiasa membuat pembaharuan untuk pusat beli belah ini demi bersaing pada masa akan datang .Ia adalah baik untuk melihat pengunjung mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti-aktiviti kami."

Kempen 'Shop & Win' Berjaya Times Square Kuala Lumpur ini dengan bangganya ditaja oleh Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur, Skintologist Biomax, Etude House, Far East, Fashion Runway, Gelatomio, Giraffe, Hong Kong Kim Gary Restaurant, Keep Slim, Original Classic, Michael & Guys, Nutribon Beauty Sanctuary, Sakae Sushi, Sembonia, Starbucks dan The Lady Profile.

No comments:

Post a Comment

Please Leave a Comment to show some Love ~ Thanks